Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Legenda Double Treble Bantu KDA FC Hadapi Saingan Musim 2024

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 4:08PM

Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (tengah) bersama pemangku CEO, Shahrul Samsudin dan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain dalam sidang akhbar KDA FC, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Selepas mengharungi musim cukup mencabar dalam aspek kewangan pada 2023, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bertekad memulakan musim baharu tahun ini dengan peruntukan lebih kecil, termasuk pengurangan gaji pemain dan kakitangan, selain jumlah pemain import.

Tanpa mendedahkan jumlah peruntukan keseluruhan pasukan tahun ini, pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya menganggarkan pengurangan peruntukan sebanyak 35 peratus berbanding musim lalu. 

Pada masa sama katanya, pihak pengurusan juga sedang berusaha melunaskan sebahagian tunggakan iaitu 50 peratus baki gaji pasukan untuk musim 2023. 

"Pihak pengurusan dalam usaha melunaskan sepenuhnya tunggakan ini mengikut syarat diberikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum 30 Mac depan. 

"Namun, apa yang membuatkan saya lebih terharu dan bersemangat, adalah pengorbanan pemain dan kakitangan yang mahu terus bersama-sama pasukan serta sanggup menerima gaji lebih kecil. 

"Terus terang saya katakan, pemain termasuk yang baharu menyertai pasukan ini menerima gaji lebih rendah daripada yang mereka terima sebelum ini. 

"Saya rasa kredit perlu diberikan kepada 'magic coach' kita, Nafuzi Zain yang memberi inspirasi kepada mereka untuk sanggup bersama pasukan dengan pengurangan gaji. 

"Kami berterus terang yang kita ada masalah dan semua pihak kena sedar proses dilalui cukup sukar. Hari ini kita berada dalam keadaan tsunami kewangan yang bukanlah teruk sangat, tetapi ada sikit nafas dan mereka (pemain serta kakitangan) setuju beri pertimbangan untuk bersama pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat KDA FC dekat Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dekat sini, hari ini yang turut dihadiri Nafuzi serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Shahrul Samsudin.

Sementara itu, katanya, fokus pengurusan ketika ini adalah untuk membina kembali zaman kegemilangan bola sepak Hijau Kuning sewaktu zaman Double Treble bagi musim 2007/2008 dengan asasnya memberi peluang kepada bekas-bekas pemain waktu itu menawarkan diri berkhidmat membantu kelab. 

Justeru, katanya, pihak pengurusan telah melantik bekas 'maestro' bahagian tengan pasukan itu pada musim double treble, Nelson Sam Martin dari Chile selaku pengarah teknikal baharu KDA FC. 

"Lain-lain bekas pemain yang diminta untuk membantu kelab adalah Ahmad Fauzi Saari selaku Koordinator pasukan Liga Super serta Helmi Eliza Elias selaku penolong jurulatih penjaga gol. 

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar bakal menjadi Pengurus Pasukan KDA FC B. 

"Selain itu, Shafizan Hashim dilantik sebagai Koordinator KDA FC B. Victor Andrag serta Abd Hadi Abd Hamid pula dikekalkan selaku Penolong Ketua Jurulatih dan Penolong Jurulatih Liga Super KDA FC," katanya.  

Dalam pada itu, Nafuzi berkata, beliau gembira dengan komitmen ditampilkan pemain sepanjang sesi latihan di sebalik pelbagai isu yang melanda pasukan sebelum ini.  

"Setakat ini, Alhamdulillah, semua pemain baharu dan lama tampak menunjukkan semangat tinggi untuk berlatih. Saya berpuas hati dengan situasi sekarang sambil menanti kedatangan beberapa lagi pemain yang akan tiba dalam masa terdekat. 

"Di sebalik kesukaran membentuk pasukan, saya rasa bertuah di sini kerana kebanyakan pemain musim lalu masih kekal bersama kami. Pemain-pemain baharu termasuk import juga memiliki pengalaman beraksi dalam liga kita serta berada dalam peringkat usia sesuai dan saya berpuas hati dengan keadaan semasa," katanya. - Getaran 25 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 23 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 23 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang