Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Tekad Balas Dendam Ke Atas Oman Di Bukit Jalil

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 12:30PM

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memberi jaminan bahawa Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat, awal pagi tadi.

Ini adalah kekalahan pertama skuad negara pada kempen kelayakan kali ini dan akan berentap dengan pasukan ranking ke-80 dunia itu sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, meskipun tidak mempunyai persediaan yang ideal menjelang pertemuan dengan Oman, namun anak buahnya memberikan yang terbaik sebelum akur dengan kekalahan tersebut.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 54 tahun itu tetap positif dalam menyediakan pasukan terbaik dalam tempoh yang ada untuk perlawanan di tempat sendiri.

"Kami perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas, cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Beliau berkata, perlawanan di laman sendiri akan memberi kelebihan kepada pasukan negara dan berharap pemain mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi meneruskan misi layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

" Perlawanan di tempat sendiri sepatutnya berbeza. Bagaimanapun, kami mesti mengekalkan harapan dalam apa jua keadaan, kami mempunyai tiga perlawanan lagi," katanya.

Mengulas perlawanan tadi, Pan Gon berkata, soal pemain kekurangan 'match fitness' atau kecergasan perlawanan adalah tidak normal dan enggan menggunakan ia sebagai alasan untuk menutup kelemahan pasukan.

Selain itu, beliau rasa pasukannya perlu mengubah pendekatan untuk mencari sekurang- kurangnya satu mata apabila bermain di tempat lawan.

Kekalahan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu menyaksikan skuad Harimau Malaya hilang status sebagai pendahulu Kumpulan D apabila jatuh di tangga ketiga, meskipun berkongsi enam mata bersama Oman yang merampas kedudukan berdasarkan perbezaan gol dan Kyrgyzstan di tempat kedua, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Politik 25 minit yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Politik 22 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 13 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang