web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Osaka Tarik Diri, Federer, Serena Buka Langkah Kanan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:36AM

Osaka berkata yang beliau sudah lama berdepan dengan kemurungan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Naomi Osaka mengumumkan penarikan diri dari Terbuka Perancis selepas berdepan penyingkiran kerana enggan bercakap dengan media, manakala Roger Federer, Serena Williams dan Iga Swiatek pula layak ke pusingan seterusnya.

Bintang Jepun Osaka yang juga juara Grand Slam empat kali itu, sebelum ini telah menegaskan bahawa beliau tidak akan menghadiri sidang media pasca-perlawanan tersebut bagi menjaga kesihatan mentalnya.

Beliau juga enggan bertemu media selepas menang perlawanan pusingan pertamanya, pada Ahad.

Susulan itu, penganjur bagi empat kejohanan Major iaitu Terbuka Australia, Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Wimbeldon telah mendenda pemain nombor dua dunia itu sebanyak RM62,000 dan memberi amaran kepada Osaka bahawa beliau berdepan tindakan seterusnya termasuk penyingkiran daripada Roland Garros.

Pemain berusia 23 tahun itu bagaimanapun memaklumkan beliau menderita akibat kemurungan selepas menang gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka AS, dan memilih untuk menarik diri dari kejohanan.

“Perkara yang terbaik buat kejohanan ini, pemain-pemain lain dan kesejahteraan saya ialah saya menarik diri supaya semua orang boleh kembali memberi perhatian kepada sukan ini di Paris.

“Jujurnya saya sudah lama menderita dengan kemurungan sejak kejohanan Terbuka AS pada 2018 dan saya sudah lama bergelut dengan perkara ini,” tulis Osaka dalam satu kenyataan di Twitter.

Osaka adalah satu daripada bintang terkemuka tenis dan atlet wanita berpendapatan paling tinggi di dunia.

Sementara itu, di gelanggang Philippe Chatrier, Federer memulakan kempen Terbuka Perancis keduanya dalam enam tahun dengan kemenangan mudah mengatasi Denis Istomin 6-2, 6-4, 6-3.

Federer akan bertemu pemenang Terbuka As 2014, Marin Cilic di pusingan kedua.

Manakala Serena Williams pula cemas seketika ketika menentang pemain Romania, Irina-Camelia Begu sebelum menang 7-6 (8-6), 6-2 dalam perlawanan malam pertama Terbuka Perancis.

Williams terpaksa menyelamatkan dua mata set dalam tie break di set pertama sebelum mendominasi perlawanan itu.

Bintang AS itu akan bertemu Mihaela Buzarnescu di pusingan seterusnya.

Juara bertahan Swiatek, yang menyambut hari jadi ke-20, menundukkan kawan baik Kaja Juvan 6-0, 7-5 di gelanggang Philippe Chatrier. - AFP

Keputusan yang lain:

Daniil Medvedev mengalahkan Alexander Bublik 6-3, 6-3, 7-5.

Tamara Zidansek mengalahkan Bianca Andreescu 6-7 (1-7), 7-6 (7-2), 9-7

Sofia Kenin mengalahkan Jelena Ostapenko 6-4, 4-6, 6-3

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peguam Sahkan Tidak lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan, Keluarga Lantik Peguam Baharu 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Tarik Diri Daripada Korea Masters 2023

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Hakim Tarik Diri Dengar Semakan Kehakiman Ibu Bapa Teoh Beng Hock

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding Bela Diri Siti Bainun: 2 Lagi Peguam Tarik Diri

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad