web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Layak, Indonesia Bertuah Ikut Serta Ke Pusingan 16 Terbaik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 9:21AM

Aksi Thailand ketika menentang Arab Saudi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Gergasi Asia Tenggara, Thailand mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 selepas seri tanpa jaringan menentang juara tiga kali Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan F di Stadium Al Rayyan, di Al Rayyan, Qatar, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Arab Saudi menungguli kumpulan dengan tujuh mata diikuti Thailand dengan lima mata, manakala Oman gagal menempah slot ke pusingan kalah mati, selaku salah satu pasukan ranking ketiga terbaik selepas seri 1-1 dengan Kyrgyzstan.

Oman menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan dua mata selepas seri dua kali dan kalah sekali dan Krygyzstan tercorot dengan satu mata.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini membuat sembilan pertukaran pada kesebelasan utama Green Falcons dengan penjaga gol, Raghed Najjar membuat penampilan sulung bersama pasukan itu.

Pada awal perlawanan, Arab Saudi mendapat peluang penalti tetapi penjaga gol skuad Gajah Perang, Saranon Anuin, menafikan percubaan Abdullah Radif pada minit ke-12.

Walaupun beberapa gol yang tidak dibenarkan kerana keputusan ofsaid di kedua-dua pihak, kedua-dua pasukan tidak berjaya memecahkan kebuntuan.

Penyerang Arab Saudi, Talal Haji mencipta sejarah selepas masuk sebagai pemain gantian separuh masa kedua pada usia 16 tahun 131 hari, menjadi pemain kedua termuda muncul di pentas Piala Asia selepas Munaf Ramadan dari Syria (16 tahun 45 hari) ketika menentang Arab Saudi pada tahun 1988.

Meskipun saling berbalas serangan namun Thailand, bimbingan Masatada Ishhii dari Jepun kekal sebagai salah satu daripada dua pasukan yang tidak meloloskan sebarang gol di peringkat kumpulan bersama tuan rumah Qatar.

Sementara itu, Kyrgyzstan dan Oman mengakhiri perjalanan mereka dengan keputusan seri 1- 1 di Stadium Abdullah bin Khalifa.

Oman, yang memerlukan kemenangan untuk menjamin tempat ke saingan kalah mati, mendahului dengan gol pembukaan minit kelapan Muhsen Al Ghassani manakala jaringan penyamaan pada penghujung perlawanan oleh Joel Kojodi di minit ke-91 menghancurkan harapan pasukan bimbingan Branko Ivankovic.

Keputusan itu menyaksikan Indonesia muncul sebagai penerima manfaat yang ketara, memperoleh tempat dalam pusingan 16 sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan.

Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong dari Korea Selatan, menduduki tempat ketiga dalam kumpulan dengan tiga mata selepas mencatat satu-satunya kemenangan ke atas Vietnam 1- Ο.
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar