web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemenangan Pertama Bawa Palestin Ke Pusingan Kalah Mati

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 10:42AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Di sebalik kesukaran dihadapi akibat peperangan di Gaza, Palestin mencipta sejarah apabila layak ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 buat kali pertama, selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini, malam tadi.

Walaupun ia adalah kemenangan pertama mereka dalam sejarah pusingan akhir Piala Asia, namun ia sudah cukup untuk Palestin mendapatkan tempat ke peringkat 16 terakhir, selepas muncul satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Penyerang Oday Dabbagh muncul pemain paling menonjol apabila menjaringkan dua gol, manakala Zeid Qunbar menyumbang satu gol, membolehkan Palestin menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C dengan mengumpul empat mata.

Iran mengungguli Kumpulan C selepas mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1, yang berada di kedudukan kedua, mengatasi Palestin dengan perbezaan jaringan.

Palestin mempamerkan permainan agresif sejurus bermulanya babak pertama dan Dabbagh hampir membolosi gawang lawan pada minit keempat, selepas menerima umpanan Mus'ab Al Battat, namun percubaannya berjaya ditepis keluar pertahanan Hong Kong, Oliver Gerbig.

Hong Kong cuba membalas serangan menerusi percubaan Yue Tze Nam dan dan Everton Camargo, namun Palestin meneruskan penguasaan sebelum tandukan Dabbagh yang menyempurnakan hantaran lintang Al Battat singgah ke dalam gawang lawan, sekali gus meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-12.

Palestin meneruskan tekanan terhadap pasukan lawan dan akhirnya berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-48 menerusi Qunbar yang menanduk kemas hantaran lintang Al Battat, sebelum Dabbagh menjaringkan gol keduanya, yang juga gol kemenangan Palestin pada minit ke-85.

Pada penghujung perlawanan, Hong Kong dihadiahkan sepakan penalti selepas pemeriksaan sistem video bantuan pengadil (VAR), namun Everton gagal menyempurnakannya dengan baik, sekali gus memberi peluang Palestin mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas tiga kali percubaan.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan C, dua jaringan pemain tengah Mehdi Taremi membolehkan Iran mengatasi UAE 2-1 dalam perlawanan di Stadium Education City.

Iran menghasilkan gol pertama pada minit ke-25 apabila Taremi memanfaatkan hantaran cantik Sardar Azmoun.

Iran hampir selesa dengan jaringan kedua pada minit ke-33 namun gol Ali Gholizadeh tidak dikira kerana ofsaid selepas pemeriksaan VAR.

Pada babak kedua, Azmoun hampir menambah jaringan buat Iran, namun sepakannya tersasar sebelum Taremi berjaya meletakkan Iran selesa dengan gol kedua pada minit ke-65.

UAE berjaya mengurangkan defisit menerusi gol sagu hati Yahya Al Ghassani pada masa tambahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar