Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pan Gon, Barisan Pemain Santuni Peminat Istimewa Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 8:46AM

Ketua Jurulatih Kim Pan Gon menyantuni peminat istimewa, Muhammad Ridzwan Erman Effendi yang cacat penglihatan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah pepatah untuk menggambarkan tuah penyokong istimewa skuad Harimau Malaya Muhammad Ridzwan Erman Effendi yang cacat penglihatan apabila berpeluang berjumpa Ketua Jurulatih Kim Pan Gon dan barisan pemain negara di hotel penginapan pasukan di sini, semalam.

Lebih manis, Muhammad Ridzwan, 27, yang dilahirkan buta disantuni pemain kegemarannya iaitu pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi serta pemain pertahanan tengah Mohd Shahrul Mohd Saad sebelum mereka ke padang bagi menjalani sesi latihan.

Turut menyantuni pemuda dari Batu Gajah, Perak itu yang hadir bersama abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi, ialah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalannya Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

"Saya tak pernah terfikir akan dapat peluang macam ini, saya tak tahu nak cakap apa. Cuma saya nak ingatkan bahawa orang nak tengok Malaysia menang tapi saya nak dengar Malaysia menang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Kisah mengenai dua beradik itu tular di media sosial minggu ini yang mengetengahkan pengorbanan seorang abang yang sanggup membawa adiknya yang cacat penglihatan terbang ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023 di sini.

Raff Iskandar, 31, dan Muhammad Ridzwan tiba di Qatar Isnin lepas dan bercadang untuk menyaksikan ketiga-tiga perlawanan Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E bertemu Jordan (awal pagi Selasa lepas), Bahrain, Sabtu ini dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.

Mereka berdua antara ribuan peminat pasukan kebangsaan yang berada di Qatar ketika ini.

Pasukan negara yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia, menyasarkan untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik selepas Malaysia terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga penampilan sebelum ini.

Malaysia dan Bahrain kini berada di posisi terbawah dalam aksi Kumpulan E selepas kedua-duanya tewas pada perlawanan pertama. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

Semasa 8 jam yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak