web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Supachai Bantu Thailand Atasi Kyrgyzstan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 9:15AM

Thailand meraih permulaan positif dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-0 malam tadi - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Juara terbanyak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), Thailand bermula dengan langkah kanan selepas mengatasi
Kyrgyzstan 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan F pada saingan Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini, malam tadi.

Penyerang sensasi kelab Buriram United, Supachai Chaided muncul wira skuad Gajah Perang apabila menjaringkan dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua untuk membantu Thailand meraih permulaan positif.

Pertembungan pertama kedua-dua pasukan pada pentas Piala Asia itu berlangsung sengit seawal permainan bermula dengan Thailand terlebih dahulu memberikan amaran apabila percubaan kaki kanan Supachok Sarachat terkena tiang pada minit ke-14.

Thailand, juara tujuh kali Piala AFF akhirnya, memecah kebuntuan apabila Supachai berjaya melepaskan rembatan dari jarak dekat, menewaskan penjaga gol Erzhan Tokotayev pada minit ke-26 yang menjadi gol tunggal babak pertama permainan.

Skuad bimbingan jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii, tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan selepas Supachai sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil sekali gus menyaksikan Thailand mengekalkan rekod bersih berdepan Kyrgyzstan dalam dua pertemuan selepas kali terakhir bertemu dalam aksi persahabatan pada 2001.

Thailand selepas ini akan bertemu Oman manakala Kyrgyzstan berdepan tugas sukar apabila dijadual berdepan Arab Saudi, masing-masing pada Ahad ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad