web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jepun Bermandi Peluh Sebelum Atasi Skuad Muda Vietnam 4-2

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 9:01AM

Skuad muda Vietnam ternyata tidak mampu menahan amunak pasukan Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan D, semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Bekas penyerang Liverpool Takumi Minamino memainkan peranan penting dalam kejayaan Jepun yang bangkit menewaskan Vietnam 4-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama di sini semalam.

Pemain berusia 28 tahun yang kini beraksi bersama pasukan AS Monaco mempamerkan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan dua gol selain turut melakukan satu bantuan jaringan demi memastikan skuad Samurai Biru meraih kemenangan penting dalam pertembungan dramatik itu.

Jepun di bawah kendalian Hajime Moriyasu tidak menunggu lama untuk berada di hadapan selepas Minamino memanfaatkan lantunan semula bola dalam kotak penalti, menewaskan penjaga gol lawan Nguyen Filip pada mint ke-11.

Bagaimanapun, lima minit kemudian pasukan terbaik Asia di ranking dunia ke-17 itu dikejutkan dengan gol penyamaan Vietnam di bawah bimbingan bekas jurulatih Jepun Philippe Troussier hasil tandukan cantik penyerang Nguyen Dinh Bacber punca sepakan penjuru kaptennya Do Hung Dung.

Jaringan tersebut ternyata membakar semangat Vietnam yang rata-rata dibarisi pemain muda susulan lambakan pemain utama mengalami kecederaan apabila mendahului perlawanan selepas Pham Tuan Hai yang tidak dikawal mudah menolak bola tampanan kurang kemas Zion Suzuki pada minit ke-33.

Menghampiri waktu rehat, Jepun berjaya menyamakan kedudukan, sekali lagi hasil penyudah Minamino yang bijak menyelinap antara pemain pertahanan Vietnam untuk menyambut lorongan kapten Wataru Endo sebelum melepaskan rembatan leret ke penjuru kiri gawang lawan.

Masa kecederaan enam minit diberikan pengadil dari Korea Selatan Kim Jong Hyeok dimanfaatkan sepenuhnya Jepun untuk kembali mendahului perlawanan 3-2 menerusi rembatan lencong dari luar kotak penalti Keito Nakamura melepasi jangkauan Filip.

Bersambung babak kedua, Jepun melebarkan penguasaan bola tetapi buntu dalam usaha menambah jaringan sehingga di penghujung perlawanan apabila pemain gantian Ayase Ueda memanfaatkan bola umpanan Takefusa Kubo pada minit ke-85 sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan.

Jepun akan membuat perhitungan dengan juara 2007 Iraq manakala Vietnam akan bertemu Indonesia dalam aksi kedua kumpulan pada 19 Januari. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad