web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Fokus Utama FAM Pada 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 2:18PM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadikan tiga pertandingan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya dan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) sebagai fokus utama badan induk itu tahun depan.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, dua pertandingan mustahak skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon adalah Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan serta pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Beliau berkata, antara kedua-dua itu, pusingan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia yang terpenting kerana Malaysia menyasarkan layak ke pusingan ketiga kelayakan buat julung kali, sekali gus mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027 serta semakin hampir dalam perjalanan mencapai impian beraksi di Piala Dunia.

“Paling penting kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 kita layak secara merit ke Arab Saudi (tuan rumah Piala Asia 2027)...saya kata kepada Kim Pan Gon pasukan perlu layak seawal mungkin, tak boleh tunggu sehingga saat akhir,” katanya baru-baru ini.

Ketika ini, Malaysia mendahului saingan Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan mengumpul enam mata selepas menundukkan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini dan melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Taiwan di Taipei, bulan lalu.

Malaysia akan meneruskan saingan kumpulan bertemu pasukan pilihan Oman di Muscat dan melayan kunjungan pasukan ke-74 dunia itu di sini masing-masing pada Mac depan, diikuti Kyrgyzstan di Bishkek dan berdepan Taiwan pada aksi terakhir di sini, yang berlangsung pada Jun.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat di Piala Asia 2027.

Sementara itu, Hamidin berkata, bagi skuad B-23 pula, anak buah Juan Torres Garrido dijadual mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar, April depan yang turut menawarkan tiga slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kita tahu bukan senang untuk layak ke Olimpik, hanya tiga pasukan yang akan layak sudah tentunya Korea Selatan dan Jepun antara pilihan berdasarkan statistik semasa,” kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu.

Menyedari cabaran hebat dalam ketiga-tiga pertandingan itu, Hamidin berkata, FAM akan berusaha semaksimumnya untuk membantu dua skuad kebangsaan berkenaan mencapai sasaran masing-masing.

“Kita kena habis-habisan untuk pasukan kebangsaan dan B-23, kalau dapat pendedahan pergi ke luar negara lagi baik, terutama untuk skuad B-23 supaya dapat berlawan pasukan yang lebih bagus, tetapi ia menelan perbelanjaan yang tinggi,” kata Hamidin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, FAM turut akan memberikan tumpuan kepada kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2024 yang dijadual berlangsung pada hujung tahun, selain usaha memperkasakan bidang futsal, pasukan bola sepak wanita dan program-program di bawah badan induk itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad