web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM5,000 Menanti Pemenang Kejohanan Futsal Piala Harapan Damansara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 4:38PM

Kejohanan mendapat sokongan Pejabat Parlimen Damansara. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat sukan futsal berpeluang merebut hadiah RM5,000 melalui Kejohanan Futsal Piala Harapan Damansara pada 25 November ini.

Penganjur, Kelab Sukan dan Rekreasi Roket Damansara akan mengadakan pertandingan itu di Republic of Futsal, Petaling Jaya.

Dalam satu kenyataan media, kelab berkenaan berkata ia dianjurkan susulan kejayaan penganjuran Kejohanan Futsal Piala ADUN Kampung Tunku pada Julai lalu.

Katanya, penganjuran kali ini mendapat sokongan Pejabat Parlimen Damansara.

Pengerusi dan Pengarah Projek Kelab Roket Damansara, Nur Rahim Nasir, berkata kejohanan itu menerima jumlah penyertaan tinggi daripada pelbagai pasukan futsal merentas Malaysia.

“Hasrat saya bahawa sukan menarik seperti futsal ini dapat mengalakkan penglibatan lebih ramai anak muda dalam bersukan justeru ke arah gaya hidup sihat,” katanya.

Kejohanan itu terbuka kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh Malaysia.

Setakat ini, ia sudah menerima sebanyak 48 penyertaan dan sistem pertandingan adalah sistem perlawanan secara liga sebelum fasa kalah mati.

Kenyataan itu menyebut, pelbagai hadiah menarik ditawarkan dengan peserta berpeluang memenangi wang tunai RM5,000, pingat dan trofi.

Mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook Piala Harapan Damansara atau menghubungi Rahim pada talian 018-9060270 untuk makluman lanjut. – Getaran, 12 November 2023

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad