web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pan Gon Dapat Sokongan FAM Untuk Terus Bimbing Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 5:08PM

Ketua Jurulatih pasukan negara, Pan Gon. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kesemua aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, walaupun status kontraknya kini menjadi tanda tanya.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, Pan Gon mendapat sokongan badan induk itu untuk terus memajukan pasukan negara.

Beliau berkata, sebarang keputusan melibatkan kontrak pengendali dari Korea Selatan itu yang difahamkan berakhir Januari tahun depan, akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Sudah ada perbincangan (isu lanjutan kontrak) tetapi biarlah kita selesaikan kempen pusingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dahulu...memang betul beliau (Pan Gon) akan terus dapat peluang bawa pasukan kebangsaan kerana beliau telah merangka segala program sehingga tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-9 Penggal 2021-25 yang dipengerusikan Hamidin di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Pan Gon yang dilantik pada Januari tahun lalu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Cheng Hoe, berjaya meningkatkan mutu serta memberi nafas baharu kepada pasukan negara.

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih Hong Kong itu dikhabarkan sehingga hari ini masih belum menandatangani kontrak lanjutan.

Pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini, sebelum bertandang ke Taipei City untuk aksi kedua bertemu Taiwan pada 21 November dan akan meneruskan baki perlawanan tahun hadapan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad