web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia, Tze Yong Bakal Berentap Tentukan Siapa Jaguh Di Final Terbuka Artik 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 10:32AM

Perlawanan Lee Zii Jia dengan pemain nombor 10 dunia, Anders Antonsen, sebelum atlet dari Denmark itu terpaksa menarik diri susulan kecederaan kaki. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong meneruskan aksi cemerlang di kejohanan badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland apabila masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir malam tadi untuk melangkah ke final.

Lebih menarik, Zii Jia dan Tze Yong akan membuat perhitungan antara satu sama lain esok sekali gus membuktikan siapa yang bakal menjadi pemain perseorangan utama lelaki Malaysia masa ini.

Dalam pusingan separuh akhir di Arena Vantaa Energia malam tadi menyaksikan Zii Jia menumpaskan pemain nombor 10 dunia dari Denmark, Anders Antonsen 21-17 pada set pertama.

Set kedua menyaksikan Zii Jia dilihat mendahului 9-6 bagaimanapun perlawanan dihentikan seketika  susulan terdapat cecair menitis di atas gelanggang sebelum kemenangan memihak kepadanya 13-8 apabila Antonsen mengalami kecederaan kaki dan memaksanya menarik diri daripada meneruskan perlawanan.

Kemenangan malam tadi menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu akan bertemu Tze Yong yang menyingkirkan pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun, Kanta Tsuneyama dengan mudah 21-12, 21-16.

Sebagai rekod ini merupakan kemaraan pertama Zii Jia dan Tze Yong ke final bagi musim ini.

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal melayakkan diri ke final selepas ditewaskan pasangan pilihan keempat kejohanan dari China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-17, 13-21, 14-21. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad