web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pestabola Merdeka: Pan Gon Puji Aksi Bertenaga Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 8:13AM

Kim Pan Gon - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memuji aksi bertenaga anak buahnya untuk ke final Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan India 4-2 , di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Pan Gon berkata beliau merasa kagum dengan aksi pemainnya kerana mereka seolah-olah tidak mahu berhenti dan terus berlari sepanjang perlawanan untuk menundukkan India di hadapan 46,150 penonton.

“Saya sangat gembira untuk mengalahkan pasukan dengan ranking lebih tinggi seperti India (ranking ke-102). Saya faham Pestabola Merdeka amat bermakna kepada mereka (rakyat Malaysia).

Pemain-pemain terus berlari dan berjuang untuk negara dan keluarga mereka. Saya amat bangga dengan anak-anak buah saya kerana kami sedar bahawa kami berada di ranking ke-134 dalam dunia,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.  

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga gembira dengan aksi barisan penyerangnya kerana mereka boleh menjaringkan sehingga lima gol dalam pembukaan perlawanan babak pertama.

Bagaimanapun, jurulatih berusia  54 tahun itu berkata sungguhpun beliau mengarahkan pemainnya untuk mempersembahkan permainan yang menghiburkan untuk penyokong tuan rumah, beliau bersetuju serangan mereka telah membuka ruang benteng pertahanan yang mengakibatkan dua gol mudah satu di setiap babak, daripada pasukan pelawat. 

“Kami mempunyai masalah di benteng pertahanan, jika kami tidak mengambil risiko perlawanan mungkin jadi seri 0-0. Kalau anda mahukan mereka tidak melepaskan sebarang gol, saya boleh memadatkan benteng pertahanan tetapi kami mahukan perlawanan yang menghiburkan,” katanya. 

Sementara itu Ketua Jurulatih India Igor Stimac berkata perlawanan malam ini adalah menarik biarpun berlangsung di atas padang yang tidak baik.

Beliau juga merungut mengenai beberapa isu yang dihadapi mereka dalam pembukaan pertandingan ikon itu seperti bas lewat tiba dan keadaan padang untuk mereka berlatih yang tidak baik.

Mengenai gol pemain tengahnya Lallianzuala Chhangte pada minit ke-56 yang tidak dikira, bekas pemain West Ham United itu enggan mengulas keputusan kontroversi pengadil  Mongkolchai Pechhri biarpun bola telah melepasi garisan sebelum dikeluarkan pemain pertahanan tengah negara, Dion Cools.

Pada masa sama, Stimac mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana layak ke final dan menzahirkan kekagumannya terhadap sokongan hebat peminat tuan rumah di Stadium Nasional.

Malaysia akan bertemu Tajikistan dalam perlawanan akhir Selasa ini selepas pasukan pelawat mendapat bai selepas pasukan Palestin menarik diri berikutan susulan suasana tegang di tanah air mereka masa ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad