web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wajah Baharu Stadium Nasional Bukit Jalil Didedah Khamis Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 8:23PM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan projek penggantian rumput jenis 'Zeon Zeoysia' di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Mac lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Peminat bola sepak tanah air bakal menyaksikan ‘wajah baharu’ Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Khamis ini.

Pengerusi, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac berkata, perasmian venue yang tampil dengan rumput baharu jenis Zeon Zoysia dan kemudahan ditambah baik, akan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

"PSM dan pihak yang kami lantik dalam fasa persiapan akhir, setiap detik amat berharga. Kami tak boleh nak maklumkan banyak sangat kerana pelancarannya akan dibuat Khamis ini.

“Kita ada buat saliran baharu, naik taraf pengemasan, tandas, tempat solat macam-macam lagi dibuat jadi kita harus tunggu pada pelancaran itu nanti,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Story di sini, hari ini.

Menurut Hans, skuad Harimau Malaya akan menjadi pasukan pertama merasmikan padang baharu dengan skuad kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan India, Jumaat ini dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2023.

“Kami teruja untuk pasukan negara (berdepan India) dan (skuad negara) akan jadi pasukan pertama menggunakan rumput (Zeon Zoysia) ini (di SNBJ). Ini adalah tanggungjawab PSM dari segi persiapan buat penyokong,” katanya.

SNBJ menjalani proses penggantian rumput jenis Zeon Zoysia sejak April lalu.

Penanaman rumput itu bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta yang ditaja oleh Tunku Ismail.

Skuad Harimau Malaya akan membuat penampilan di pentas Pestabola Merdeka 2023 bersama India dan Tajikistan dari 13 hingga 17 Oktober ini.

Edisi ke-42 kejohanan tersebut menyaksikan hanya tiga pasukan bertanding selepas Palestin membuat keputusan menarik diri susulan situasi tegang melanda negara berkenaan ketika ini.

Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram pada sidang media hari ini berkata, format kejohanan bagaimanapun masih kekal dengan Malaysia bertemu India pada 13 Oktober, manakala Tajikistan mendapat ‘bye’ susulan penarikan diri Palestin.

Sivasundaram berkata, Tajikistan akan menanti pemenang antara Malaysia dan India dalam perlawanan akhir dijadual pada 17 Oktober ini.

Terdahulu, pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Story, menyaksikan pengarahnya Datuk Afdlin Shauki mengangkat perspektif baharu dalam karya penghasilan filem melibatkan skuad Harimau Malaya. 

Filem terbitan 4wards Pictures Sdn Bhd itu diinspirasikan oleh perjuangan skuad kebangsaan yang menumpaskan Bangladesh di peringkat kelayakan bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2022 selepas penantian selama 42 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam