web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Cheong Min Tuai Pingat Perak Pertama Malaysia 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 5:39PM

Tan Cheong Min meraih pingat perak pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2022. gambar Facebook Majlis Sukan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Atlet wusyu, Tan Cheong Min menyumbang pingat perak pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi acara nanquan dan nandao wanita hari ini.

Ia adalah pingat sulung Cheong Min di temasya sukan berkenaan pada penampilan keduanya, selepas menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara sama pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Pada aksi akhir di Pusat Sukan Xiaoshan Guali di sini, gerak tangkas penuh konsentrasi atlet berusia 25 tahun itu membolehkan beliau mengumpul keseluruhan 19.419 mata untuk mengesahkan tempat kedua.

Emas menjadi milik jagoan China, Chen Huiying yang mengutip keseluruhan 19.590 mata, manakala wakil Uzbekistan Darya Latisheva membawa pulang gangsa selepas mengumpul 19.403 mata.

Kejayaan dilakar Cheong Min menyaksikan kem wusyu negara akhirnya berjaya menamatkan kemarau 13 tahun tanpa pingat di Sukan Asia selepas kali terakhir disumbangkan Chai Fong Ying yang meraih emas acara taijiquan dan taijijian pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Sebagai rekod, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara nandao merangkul dua pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, Mei lalu masing-masing dalam acara sama dan nanquan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad