web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Serah Kepada BAM Selesaikan Kemelut Dengan Misbun

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 4:01PM

Datuk Misbun Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyerahkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi badan sukan itu dengan Datuk Misbun Sidek secara dalaman.

Hannah berkata beliau tidak mengetahui isi kandungan kontrak dan perbincangan yang dipersetujui BAM dan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) itu.

“Ini adalah isu obligasi kontraktual antara BAM dan jurulatih mereka. Saya rasa biar BAM jawab dulu apa-apa isu yang telah diketengahkan oleh Datuk Misbun dan saya percaya mereka dapat mengendalikan kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya Sukan Remaja Komanwel ke-7 di Trinidad & Tobago pada 4-11 Ogos ini.

Hannah berkata sekiranya wujud isu melibatkan kontrak antara persatuan sukan kebangsaan dengan atlet, jurulatih atau pentadbir mereka, ia selalunya akan diuruskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) jika terdapat aduan.

Jumaat lepas, Jawatankuasa Khas BAM diketuai Timbalan Presidennya Datuk V. Subramaniam pada satu sidang media memaklumkan telah mencapai persetujuan bersama Misbun untuk berpisah susulan prestasi hambar skuad badminton remaja di Kejohanan Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Misbun dalam sidang media semalam menafikan perkara itu, malah mendakwa dia diberhentikan tanpa sebarang pembelaan dan bukan persetujuan bersama.

Sementara itu, Hannah mengucapkan tahniah kepada atlet wushu Tammy Tan Hui Ling yang menamatkan penantian 38 tahun untuk pingat emas sulung Malaysia di Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China pada Ahad lepas menerusi acara Qiangshu wanita, manakala Umar Osman berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara olahraga 400m lelaki, hari ini.

“Ia membuktikan jika fokusnya betul dan pendedahan diberikan kepada atlet muda, mereka mampu ‘ terbang tinggi’ di persada antarabangsa,” katanya.

Hannah berharap dengan sokongan yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sukan wushu  akan terus cemerlang dan fokus seterusnya adalah Sukan Asia.

Menurutnya KBS baru-baru ini juga membawa Umar dan pelari pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi ke sekolah untuk menarik minat kanak-kanak dalam sukan, selain memberi peluang kepada murid berlari di trek Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Jadi saya percaya kita akan ada banyak lagi bintang baharu dalam olahraga, memandangkan olahraga, renang dan sukan tempur adalah sukan yang kita mesti lakukan dengan baik kalau nak kejar emas (di temasya antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, ketua kontinjen negara ke Sukan Remaja Komanwel Ang Li Peng berkata seramai 14 atlet berusia 14-18 tahun daripada sukan renang, olahraga dan berbasikal (lebuh raya dan trek) akan mewakili Malaysia pada temasya itu.

Beliau yakin mereka akan berjuang dengan baik, walaupun tiada sasaran ditetapkan untuk mengelakkan tekanan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad