web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Desak JDT Dikenakan Hukuman Lebih Berat Berhubung Isu Suar

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:30PM

Peminat di media sosial menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL selaku badan pentadbir Liga-M dan mencabar FAM sebagai badan induk bola sepak negara. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rata-rata peminat bola sepak tempatan di media sosial mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenakan hukuman lebih berat terhadap kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan isu menyalakan suar di stadium.

Desakan hukuman denda pemotongan mata dan bermain tanpa kehadiran penonton dibuat rata-rata peminat susulan tindakan segelintir penyokong Harimau Selatan yang menyalakan suar di dalam Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan, malam tadi.

Peminat di media sosial menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL selaku badan pentadbir Liga-M dan mencabar FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Tindakan menyalakan suar itu berlaku kira-kira 48 jam selepas FAM mengenakan denda RM120,000 terhadap JDT, Khamis lalu, atas tindakan penyokongnya menyalakan suar pada tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di Stadium Sultan Ibrahim musim ini.

Tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi penganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Sebelum ini, penyokong JDT menyalakan suar selepas perlawanan dalam dua aksi Liga Super masing-masing ketika berdepan Sabah FC pada Mac lepas dan Kedah Darul Aman FC (April) serta dalam satu aksi Piala FA berdepan PDRM FC pada April.

JDT ketika ini selesa menerajui takhta Liga Super selepas cemerlang merakam 16 kemenangan berturut-turut untuk mengumpul 48 mata, meninggalkan pencabar terdekat Selangor FC di tempat kedua dengan perbezaan 14 mata, selain turut layak ke final Piala FA musim ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad