web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Peruntukan Bukan Punca Kontinjen Negara Tampil Prestasi Buruk - Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 3:30PM

Hannah Yeoh berkata Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumpul segala input cabaran yang dihadapi atlet daripada persatuan sukan yang dibangkitkan pada sesi mesyuarat pascanilai yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekurangan peruntukan bukan punca utama kontinjen Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk pada temasya Sukan SEA, Kemboja yang melabuhkan tirainya 17 Mei lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. 

Beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumpul segala input cabaran yang dihadapi atlet daripada persatuan sukan yang dibangkitkan pada sesi mesyuarat pascanilai yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lepas. 

“(Kekurangan bajet) bukan (faktor utama), ada pelbagai faktor, mereka (MSN) telah kumpul,  kita akan lihat satu persatu. 

“Kita juga ingin pastikan sekiranya ada cabaran yang boleh diatasi dalam jangka masa terdekat sebelum Sukan Asia, kita akan atasi,” katanya kepada pemberita pada Karnival Allianz Moveforward di MSN di sini hari ini. 

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata prestasi kurang memberangsangkan kontinjen negara boleh dikaitkan dengan pengurusan program latihan, pengurusan atlet dan pelepasan pekerjaan atlet. 

Beliau berkata ia dimaklumkan oleh persatuan-persatuan sukan pada sesi mesyuarat pascanilai terbabit. 

“Itu faktor utama yang kita akan kumpulkan dan bentangkan semula kepada jawatankuasa dan menteri, mana perkara yang boleh diatasi dengan segera dan jangka masa panjang, kita akan atasi,” katanya. 

Pada Jumaat dan Sabtu lepas, Hannah bersama MSN, 38 wakil persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menjalani sesi pascanilai berikutan pencapaian terburuk kontinjen negara di temasya dwitahunan itu. 

Mesyuarat terbabit turut dihadiri wakil Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) di Tokyo, Jepun yang diminta memantau sesi terbabit selain mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi temasya sukan itu pada masa akan datang. 

Di Sukan SEA Kemboja 2023, Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar