web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu Sekat Hajat KL City, Penalti Indra Putra Hampakan Perak

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:41AM

Aksi pemain pasukan Kuala Lumpur City FC ketika menentang pemain pasukan Terengganu FC pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium MBPJ - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC (TFC) berjaya menyekat hasrat Kuala Lumpur (KL) City FC daripada meraih tiga mata selepas bangkit mengikat perlawanan 3-3 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam semalam.

Pada pertembungan itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum TFC terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Omid Nazari pada minit ke-28, namun pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-36.

Jaringan penyamaan Gallifuoco ternyata membakar moral pasukan apabila berjaya memperoleh gol kedua enam minit kemudian selepas ketua pasukan Paulo Jouse meledak jaringan peribadi ketujuhnya musim ini pada minit ke-42.

Seakan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1, skuad bimbingan Bojan Hodak menambah derita TFC apabila Romel Morales meledak gol ketiga skuad Warga Kota pada masa kecederaan sekali gus menambah tekanan terhadap pelawat.

Bagaimanapun, sangkaan KL City akan terus menguasai permainan meleset apabila TFC bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit di awal babak kedua, masing-masing menerusi Mohammad Nor Hakim Hassan pada minit ke-50 dan Ivan Mamut (minit ke-60).

Di penghujung perlawanan, kedua-dua pasukan terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan selepas Mamut dan pemain gantian KL City Muhammad Haqimi Azim Rosli, gagal memanfaatkan peluang terhidang di depan gawang.

TFC dan KL City masing-masing berada di kedudukan keenam dan ketujuh liga berkongsi 24 mata usai 16 perlawanan.

Sementara itu, jaringan penyamaan ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin menerusi sepakan penalti pada penghujung separuh masa kedua menghadiahkan satu mata buat Kelantan United FC yang seri 1-1 ketika bertemu Perak FC dalam satu lagi aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.

Terdahulu, skuad tuan rumah yang dibimbing Yusri Che Lah mendahului seawal minit kesembilan hasil tandukan Sunday Afolabi yang bijak meloloskan diri daripada kawalan pemain pertahanan lawan untuk menyambut sepakan penjuru.

Kelantan United menyamakan kedudukan menerusi penalti yang disempurnakan Indra Putra pada minit ke-84 selepas Akinade Ismaheel dijatuhkan.

Keputusan seri itu membolehkan Kelantan United naik satu anak tangga ke posisi ke-12 dengan mengumpul tujuh mata sementara Perak kekal di tangga ke-11 dengan kutipan 10 mata. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar