web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Bangga Kejayaan Kontijen Olimpik Khas Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:52AM

Hannah Yeohberkata pihaknya menerusi Kementerian Belia dan Sukan akan terus memberi sokongan kepada golongan kurang upaya (OKU) untuk terus mencungkil bakat dalam mencipta nama di temasya terbabit - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kontijen negara pada Sukan Olimpik Khas di Berlin, Jerman yang berakhir Ahad lepas. 

Hannah berkata pihaknya menerusi Kementerian Belia dan Sukan akan terus memberi sokongan kepada golongan kurang upaya (OKU) untuk terus mencungkil bakat dalam mencipta nama di temasya terbabit. 

Skuad negara merangkul empat pingat emas, lima perak dan sembilan gangsa secara keseluruhan dan ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan Malaysia pada temasya sukan berprestij itu. 

“Malaysia semestinya bangga dengan kontijen kita di temasya ini. Tahniah dan syabas kepada jurulatih serta ibu bapa yang memberikan sokongan kepada mereka dan juga kumpulan pengiring yang bersama mereka,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi. 

Terdahulu, beliau meraikan kepulangan wira dan wirawati negara yang dibarisi golongan istimewa itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.

Empat pingat emas diraih oleh Khairul Zaim-Lee Khai Li (boling beregu campuran), Nurasliza Mohd Sapri (lontar peluru), Beverly Chin Lai Yen (boling perseorangan wanita) dan Nurul Syafinaz Aisyira-Tengku Nor Muzafirah (bocce unified sport beregu). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar