web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Bola Sepak Ditahan Disyaki Ceroboh Bilik Hotel

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 9:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan selepas disyaki menceroboh sebuah bilik hotel yang dihuni seorang wanita di Petaling Jaya, dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun yang mendakwa biliknya diceroboh lelaki berkenaan pada kira-kira 6.10 petang. 

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

"Berlaku perselisihan faham antara mereka dan wanita tersebut meninggalkan hotel untuk menyelamatkan diri mangsa sebelum membuat laporan polis pada 2.10 pagi Khamis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata hasil laporan tersebut, pihaknya menahan lelaki berusia 49 tahun itu pada  pukul 1 tengah hari di Jalan Penchala, Petaling Jaya, hari yang sama.

Katanya, suspek direman sehari (23 Jun) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan jaminan polis. 

Beliau berkata siasatan mendapati wanita terbabit menginap di bilik hotel berkenaan atas urusan kerja dan mengenali suspek tersebut kira-kira setahun lepas.

Terdahulu tular di laman sosial hantaran seorang lelaki yang mendakwa suami mangsa bahawa bekas pemain bola sepak kebangsaan itu telah menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap isterinya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad