web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arif Aiman, Paulo Josue 'Berpesta Gol' Bantu Malaysia Benam Papua New Guinea 10-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:05AM

Pemain Malaysia, Mohamad Faisal Abdul Halim (tengah) meraikan jaringan bersama rakan pasukan pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia lawan Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Persembahan cemerlang pada separuh masa kedua menjadi kunci kejayaan Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.

Paling mencuri tumpuan pada pertembungan yang disaksikan 9,592 penyokong itu adalah pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain naturalisasi Paulo Josue selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol untuk membantu skuad Harimau Malaya merakam kemenangan besar.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjaringkan sembilan gol pada separuh masa kedua selepas mendahului di penghujung babak pertama menerusi penalti Muhammad Safawi Rasid susulan kekasaran terhadap Muhammad Akhyar Abdul Rashid. 

Pesta gol pasukan negara seharusnya bermula lebih awal apabila deretan peluang keemasan disia-siakan pada babak pertama sebelum situasi itu memaksa Pan Gon melakukan beberapa pertukaran antaranya membawa masuk Arif Aiman dan Mohamad Faisal Abdul Halim yang ternyata membuahkan hasil.

Sembilan gol Malaysia pada babak kedua bermula dengan jaringan Josue pada minit ke-52 selepas menampilkan kawalan bola yang baik ketika menerima hantaran Muhammad Azam Azmi Murad sebelum tenang melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Ronald Warisan.

Lima minit kemudian, Arif Aiman meledak gol ketiga pasukan negara selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk menyambut hantaran cantik Nooa Laine sebelum Mohamad Faisal menjadikan kedudukan 4-0, dua minit berselang.

Arif Aiman memperoleh gol keduanya pada minit ke-60 selepas menyudahkan hantaran Mohamad Faisal dalam kotak penalti disusuli jaringan kedua Josue empat minit kemudian sekali gus menambah tekanan ke atas pelawat yang dibimbing Harrison Kamake.

Hatrik pertama perlawanan menjadi milik Arif Aiman selepas menjaringkan gol ketujuh pasukan negara pada minit ke-68 dan langkah cemerlang itu dituruti Josue apabila menyudahkan peluang di depan gol pada minit ke-70.

Malaysia terus menambah derita Papua New Guinea dengan gol kesembilan dijaringkan Daniel Ting pada minit ke-76 sebelum Arif Aiman meledak gol peribadi keempatnya malam ini tiga minit sebelum masa penuh.

Kejayaan itu menyaksikan pasukan negara merakam kemenangan keempat ke atas Papua New Guinea dalam keseluruhan lima pertemuan, selain meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan sejak Mac lalu.

Ia juga kemenangan terbesar dicatat Malaysia sejak menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan pada April 2018.

Sebagai rekod, hanya lima pemain iaitu Shahrul Mohd Saad, Stuart Wilkin, Josue, Corbin-Ong dan Endrick Dos Santos dikekalkan Pan Gon daripada skuad yang menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 pada satu lagi aksi persahabatan di sini, Rabu lalu.

Sementara itu, penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar