web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Bola Sepak, Rizal Ghazali Didakwa Pukul, Rosak Telefon Bimbit Teman Wanita

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 2:40PM

Rizal Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit milik teman wanitanya di sebuah bilik hotel, dua minggu lepas.

Rizal atau nama sebenarnya Mohd Rizal Mohd Ghazali, 31, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dengan memukulnya di bilik sebuah hotel di sini pada 6 pagi, 7 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rizal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit milik wanita itu yang nilai kerugian dianggarkan RM4,500 di lokasi serta pada tarikh dan masa sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan RM7,000 bagi dua pertuduhan tersebut berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Mohd Rizal memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan polis dijalankan terhadapnya.

“Anak guam saya pemain bola sepak serta menanggung ibu bapanya,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan yang dicadangkan oleh pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pada 8 Jun lepas, media melaporkan pemain bola sepak Liga Super itu ditahan pihak polis selepas dipercayai menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad