web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKBM Tidak Tahu Perbincangan Antara Azizulhasni Dengan MSN – Amarjit

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 8:21PM

Amarjit Singh Gill - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill memaklumkan, badan sukan itu tidak mengetahui apakah perjanjian yang mungkin dipersetujui Datuk Azizulhasni Awang dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau menambah, pihaknya tiada maklumat mengenai perbincangan tersebut kerana ia melibatkan juara dunia itu dengan MSN.

“Saya fikir mesti ada sebab untuk perkara ini didedahkan.

“Pada masa sama, MSN juga banyak membantu kami, mereka telah menyokong program berbasikal dan atlet kami.

“Saya rasa lebih baik cuba dan selesaikan perkara ini secara baik,” kata Amarjit yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal Asean.

Awal hari ini, Azizulhasni memuat naik hantaran di Facebook yang memperincikan kekecewaannya terhadap MSN.

Antaranya ialah bagaimana pangkalan untuk penunggang basikal trek Malaysia di Melbourne perlahan-lahan ditutup dan semua atlet, terpaksa pulang untuk meneruskan latihan mereka di Malaysia.

Amarjit berkata, keputusan membawa pulang atlet itu bukan dibuat secara tiba-tiba.

“Ini adalah strategi jangka panjang yang mereka mahu memindahkan pangkalan dari Melbourne ke Malaysia dan untuk latihan dijalankan di sini.

“Pelan itu dibuat secara berperingkat, ia dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara MSN dan PKBM.

“Ini bukan perkara yang mengejutkan kerana semua atlet kini kembali ke Malaysia. Azizulhasni sendiri akhirnya kembali pada Januari tahun ini,” katanya.

Amarjit berharap apa sahaja permintaan Azizulhasni dapat dipertimbangkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) supaya beliau mendapat sokongan penuh diperlukan untuk memburu emas Olimpik.

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam

Sementara itu, penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam menyedari segala masalah dihadapi Azizulhasni.

“Saya sedar isu dihadapi Azizulhasni bersama MSN dan ini adalah sebahagian daripada kompilasi semua isu dan permintaan atlet yang baru saya selesaikan selepas mesyuarat semua atlet RTG.

“Mesyuarat Jawatankuasa RTG sudah pun dirancang untuk berlangsung dalam tempoh dua minggu akan datang dan semua keputusan yang sewajarnya akan dibuat dalam mesyuarat itu.

“RTG ditubuhkan tepat untuk menyelesaikan ‘sekatan jalan’ seperti ini dan malangnya beberapa isu lama seperti dalam kes ini, bermula satu setengah tahun lalu antara Azizulhasni dan MSN yang memerlukan saya (penyelaras), mendapatkan maklumat berkaitan daripada pelbagai pihak untuk dibawa kepada jawatankuasa bagi dipertimbangkan,” kata Stuart. – The Vibes, 8 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek