web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masters Malaysia: Peluang Pearly Tan-M. Thinaah Tamat Kemarau 11 Tahun

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 6:20PM

Pearly Tan-M. Thinaah meraikan kejayaan melangkah ke final badminton Masters Malaysia 2023, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 11 tahun kejuaraan badminton Masters Malaysia 2023 selepas mengesahkan slot ke final, hari ini.

Pearly Thinaah mempamerkan aksi membanggakan apabila berjaya bangkit selepas ketinggalan untuk memenangi pertarungan separuh akhir mengetepikan lawan dari Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong di Axiata Arena, untuk final pertama kejohanan Super 500.

Pada set pertama, gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan keenam, mengejar mata selepas ketinggal 6-11 untuk menang 21-19 sebelum sekali lagi mengulangi episod mengejar mata daripada 2-11 untuk menoktahkan kemenangan dengan 23-21.

Pearly-Thinaah akan berdepan satu lagi wakil Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengecewakan wakil dari Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 21-14 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Pearly-Thinaah akan berdepan wakil Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee.
Pearly-Thinaah akan berdepan wakil Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee.

Pearly ketika ditemui selepas perlawanan berkata mereka bermain dengan sabar dan menikmati saat memperoleh mata sehingga akhirnya berjaya mengejar kedudukan lawan mereka dari Korea Selatan itu.

“Saya tidak percaya ia betul (menang) kerana ia agak memenatkan pada perlawanan sebelum ini, namun peminat di sini sangat membantu memberikan motivasi buat kami untuk melalui semua ini.

“(Selepas ketinggalan pada set kedua), saya dan Thinaah berbincang untuk menikmati setiap mata dipungut, mendapatkan mata, sabar dan ternyata strategi ini berjaya,” katanya kepada pemberita.

Walaupun pernah menundukkan Ha Na-Soo Hee di Terbuka Perancis 2022 di separuh akhir sebelum ini, Pearly berkata mereka tidak akan mengambil mudah cabaran wakl Korea Selatan itu pada perlawanan akhir esok.

Kali terakhir beregu Malaysia meraih kejuaraan dan mara ke final Masters Malaysia adalah pada edisi 2012 di Johor Bahru menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang menewaskan pasangan Singapura Shinta Mulia Sari-Yao Leo 21-18, 21-18. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar