web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Layak Ke Pusiangan Kedua, Tze Yong Terkandas

Sukan · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:11AM

Lee Zii Jia - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton perseorangan profesional negara Lee Zii Jia melepasi pusingan pertama Masters Malays 2023 semalam, selepas menumpaskan pemain China.

Pada perlawanan pusingan pembukaan di Arena Axiata itu, Zii Jia layak ke pusingan kedua selepas menewaskan Lu Guang Zu, 21-12, 21-19 dalam masa 45 minit.

Zii Jia pemain pilihan keempat kejohanan, akan berhadapan pemain Taiwan Lin Chun-Yi, yang mengejutkan juara bertahan Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia, 13-21, 21-16, 21-8, semalam.

Pemain nombor 10 dunia itu berkata beliau gembira dapat melepasi cabaran pada set kedua, yang pada suatu ketika ketinggalan tujuh mata 11-18, sebelum pemain Malaysia itu berjaya memperbaiki permainnya bagi memenangi tiket untuk layak ke pusingan kedua.

“Secara jujurnya saya telah bersedia untuk bermain dalam set ketiga ketika ketinggalan 11-18, namun saya bersabar dan cuba menggunakan peluang yang ada (untuk menang set kedua) katanya kepada media selepas perlawanan.

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui prestasi cemerlangnya di Piala Sudirman 2023 minggu lepas dengan memenangi kesemua kelima-lima perlawanan di Suzhou, China, telah menaikkan keyakinannya untuk memulakan kempen di sini dengan langkah yang betul.

 Ng Tze Yong
Ng Tze Yong

Sementara itu pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022, Ng Tze Yong, gagal layak ke pusingan kedua selepas tewas kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto, 21-17, 16-21, 13-21.

“Set pertama saya banyak ambil mata dari Nishimoto kerana beliau banyak buat kesilapan, namun set seterusnya bukan senang nak dapatkan mata terutamanya di set penentuan di mana lawan bermain lebih laju dari saya,” kata Tze Yong.

Selepas tewas kepada pasangan Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 20-22, 20-22, pada perlawanan beregu campuran bersama pasangannya Lai Pei Jing, Tan Kian Meng sekali lagi tewas pada pusingan pertama, kali ini dalam beregu lelaki bersama pasangannya Tan Wee Kiong.

Walaupun menang set pertama 23-21, Kian Meng-Wee Kiong tewas dua set berikutnya 14-21, 16-21 kepada pasangan Scotland Alexander Dunn-Adam Hall.

Esok, Zii Jia akan bersama empat lagi wakil negara di pusingan kedua yang terdiri daripada tiga pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta pasangan beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad