web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Tewas Di Laman Sendiri, NSFC Naik 3 Anak Tangga

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:22AM

Rentak kecemerlangan yang diteruskan NSFC menyaksikan skuad K. Devan itu mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 16 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hasrat PDRM FC untuk mencipta sensasi di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi. 

Rentak kecemerlangan yang diteruskan NSFC menyaksikan skuad K. Devan itu mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 16 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi seimbang, namun skuad Hobin Jang Hobin selaku pelawat terlebih dahulu membolosi gawang PDRM menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-41 yang menerima hantaran cantik daripada Levy Clement Madinda. 

Skuad anak didik Azzmi Ab Aziz beberapa kali mendapat peluang, namun buntu mencipta gol untuk menyamakan kedudukan. 

Bersambung babak kedua, percaturan demi percaturan dilakukan jurulatih Sang Saka Biru termasuk menukar beberapa pemain membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Amirul Wa’ie Ya’cob pada minit terakhir perlawanan. 

Jaringan terbabit bagaimanapun tidak mematahkan semangat NSFC apabila meledak jaringan emas pada minit kecederaan melalui pemain simpanan yang dibawa keluar A. Selvan dan keputusan kekal 1-2 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan terbabit menjadikan PDRM turun satu anak tangga di kedudukan ke-10 dalam carta Liga Super musim ini. 

Ahad lepas, NSFC kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad