web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Sudirman: Skuad Negara Gah Melangkah Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 7:17AM

Lee Zii Jia mudah menewaskan Srikanth Kidambi 21-16, 21-11 dalam tempoh 36 minit sekali gus menyumbang mata kedua buat kem badminton negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad badminton negara melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China selepas melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas India dalam aksi kedua Kumpulan C, hari ini.

Berbekalkan misi wajib menang bagi melangkah jauh dalam saingan, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meniup semangat juang pasukan apabila menyumbang mata pertama dengan menewaskan gandingan Dhruv Kapila-Ashwini Ponnappa 21-16, 21-17.

Momentum tersebut diteruskan perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia yang mudah menewaskan Srikanth Kidambi 21-16, 21-11 dalam tempoh 36 minit sekali gus menyumbang mata kedua buat kem badminton negara.

Pujian juga harus diberikan kepada perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei yang melakar kemenangan sulung sepanjang lima pertemuan ke atas pemain ranking ke-12 dunia, Pusarla V Sindhu dalam pertembungan tiga set 14-21, 21-10 dan 22-20.

Skuad negara tanpa menoleh belakang terus cemerlang mengutip mata keempat selepas beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengatasi Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18 dan 21-19.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah menceriakan kem negara selepas melengkapkan kutipan mata kelima pasukan apabila menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Pulella 21-15 dan 21-13.

Keputusan dilakar pada saingan hari ini, meletakkan skuad negara berada di kedudukan teratas Kumpulan C diikuti Taiwan di kedudukan kedua, India ketiga dan Australia keempat.

Terdahulu, Taiwan turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan Australia 5-0 dalam satu lagi aksi kedua Kumpulan C.

Berdasarkan format kejohanan, hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, Shevon ketika mengulas mengenai persembahannya bersama Soon Huat berkata beliau sememangnya gembira selepas mampu menyumbang mata pertama buat negara sekali gus menyemarakkan lagi semangat pasukan untuk terus mendominasi saingan.

"Cukup gembira dapat hadapi tekanan dan perlawanan tadi cukup penting untuk tiup semangat pasukan," katanya.

Skuad negara dijadualkan bertemu Taiwan bagi aksi pelengkap Kumpulan C pada Rabu ini (17 Mei). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar