web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fandi Puas Hati Persembahan Anak Buah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 10:15AM

Fandi (kanan) cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super malam tadi. - Gambar dari Facebook Sri Pahang FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super malam tadi.

Fandi berkata untuk pertama kali musim ini, pemainnya mempamerkan corak permainan yang konsisten  dari awal hingga wisel penamat dibunyikan. 

Justeru, beliau berkata pemainnya berhak diberi pujian terutama barisan pertahanan yang melaksanakan tugas paling cemerlang di hadapan lebih 10,000 penyokong skuad Penyu.

"Saya rasa perlawanan malam ini (malam tadi) adalah persembahan terbaik kita (Sri Pahang FC) setakat ini. Biasa kita main tak konsisten, sama ada beraksi baik di separuh masa pertama atau di masa kedua.

"Tetapi hari ini kita penuh dengan disiplin, semangat juang dan berpasukan yang sangat tinggi," katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super menentang TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Sri Pahang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan, sekali gus naik daripada tangga kelima ke kedudukan ketiga carta Liga Super musim ini dengan 22 mata.

Sementara itu pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner tidak menyalahkan pemainnya 100 peratus atas kekalahan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau agak terkilan kerana anak buahnya gagal memanfaatkan banyak peluang terhidang ke bentuk jaringan yang menyebabkan mereka tercicir tiga mata.

”Saya tidak boleh salahkan pemain kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menang. Kami juga mencipta banyak peluang namun tidak menghasilkan lebih banyak gol untuk menang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam