Berita Terkini

17 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Selangor Ratah Terengganu 5-1, Catat Kemenangan Keempat Berturut-Turut

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 8:12AM

Ayron Del Valle meraikan kejayaannya menjaringkan gol - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor merakam kemenangan Liga Super keempat berturut-turut sambil menghadiahkan kekalahan terbesar buat Terengganu selepas berpesta gol meraih kemenangan 5-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Terengganu bermula baik seawal 10 minit pertama dengan penyerang import, Jordan Mintah hampir meletakkan pasukan pelawat bimbingan Tomislav Steinbruckner di hadapan, namun sepakan percumanya pada minit ke-11 tepat ke palang gol.

Pertahanan kurang kemas skuad Penyu mengundang padah apabila Selangor berjaya meledak dua gol dalam tempoh kurang daripada lima minit masing-masing menerusi penyerang, Ayron Del Valle, pada minit ke-17 dan bekas pemain sayap Terengganu, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-21.

Skuad Gergasi Merah terus melebarkan penguasaan, kali ini giliran pemain pertahanan muda Harith Haiqal Adam Afkar mencetak nama sebagai penjaring selepas beliau yang tidak dikawal bijak menyambar bola sepakan penjuru rakan sepasukan pada minit ke-40.

Ketinggalan 0-3, Terengganu berjaya mengurangkan defisit gol pada minit ke-61 menerusi tandukan penyerang gantian Ivan Mamut, namun Ayron terus menghukum kepincangan barisan pertahanan lawan apabila mudah melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringkan gol keempat Selangor pada minit ke-70.

Pemain tengah gantian Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau memastikan kejayaan manis skuad kendalian Tan Cheng Hoe dengan gol kelima pada minit ke-84 selepas melepaskan rembatan leret yang deras dari jarak dekat.

Selangor kini di posisi kedua dengan mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan dan dibezakan dua mata dengan pendahulu yang juga juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), yang akan berdepan PDRM, di sini, malam esok, sementara Sri Pahang ketiga mengutip 19 mata.

Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas tumpas 2-3 di tangan Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pasukan tuan rumah bangkit daripada ketinggalan dengan meledak dua gol masing-masing menerusi Jonathan Boareto Dos Reis pada minit ke-25 dan tandukan Bojan Ciger lima minit kemudian sekali gus menafikan gol pembukaan KL City hasil penyudah Paulo Josua pada minit ke-11.

Bagaimanapun, babak kedua menyaksikan kebangkitan skuad bimbingan Bojan Hodak selepas Romel Morales menyamakan kedudukan tiga minit selepas rehat sebelum Herlison Caion meledak jaringan kemenangan skuad The City Boys pada minit ke-75.

Di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, Penang mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi Kelantan United 2-0 sekali gus menyaksikan pasukan pelawat terus buntu menemui kemenangan pertama musim ini.

Dua gol skuad bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid masing-masing disumbangkan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-48 dan kapten Rafael Vitor pada minit ke-58.

Dalam pada itu, jaringan tunggal perlawanan pemain tengah Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-57 membantu Sri Pahang membawa pulang tiga mata berharga selepas menewaskan Kuching City 1-0 di Stadium Negeri, Kuching. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

2

Sukan 5 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Lebih Berisiko Sebagai Pejalan Kaki Bukan Memandu, Kata MIROS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 12 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 14 jam yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled