web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP: Joging, Berbasikal, Senaman Dibenarkan Mulai 8 Mei

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 11:43PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei 2021.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kelonggaran itu diberi setelah Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mempertimbang rayuannya untuk melihat semula keputusan berhubung prosedur operasi standard sektor sukan serta rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

“Kelonggaran-Kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook KBS itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN khususnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan KBS.

Pada masa sama, Reezal Merican menyeru peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

“Kita masih belum menang dalam melawan penularan COVID-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan” katanya.

Semalam, Sidang Khas MKN memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.

Bagaimanapun, beberapa aktiviti seperti program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara dan Majlis-Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep ‘Camp Based Training’ antara yang dibenarkan.

Perkembangan itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi masyarakat apabila aktiviti riadah seperti bersenam, joging dan berbasikal bersendirian tidak dibenarkan. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad