web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumput Stadium Nasional Jadi Kenangan Berharga

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 10:06PM

Petak rumput berukuran 1x1 kaki ditawarkan kepada rakyat sempena kerja-kerja penggantian rumput kepada jenis zeon zoysia yang dijangka bermula esok dan sempena ulang tahun ke-25 KLSC. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.

Tindakan itu susulan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat, untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma pada hari ini.

Rumput di venue keramat pasukan bola sepak kebangsaan itu juga, ialah venue skuad Harimau Malaya meraih kejayaan layak ke Piala Asia 2023 secara merit mengakhiri penantian lebih empat dekad pada Jun tahun lepas, selain pelbagai acara sukan dan hiburan lain.

Rumput ini adalah rumput yang sama yang digunakan oleh skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015. 
Rumput ini adalah rumput yang sama yang digunakan oleh skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015. 

Petak rumput berukuran 1x1 kaki ditawarkan kepada rakyat sempena kerja-kerja penggantian rumput kepada jenis zeon zoysia yang dijangka bermula esok (1 April) dan sempena ulang tahun ke-25 Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).

Ketika tinjauan Bernama pagi tadi, para peminat bola sepak dan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, apatah lagi apabila ia merupakan rumput yang sama skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015. 

Orang ramai boleh mengambil rumput yang ditawarkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Orang ramai boleh mengambil rumput yang ditawarkan mengikut waktu yang ditetapkan.

Seorang peminat yang hadir, Erik Tan, 47, berkata beliau mahu menyimpan rumput berkenaan sebagai kenangan dengan menanamnya di halaman rumah.

“Rumput ini merupakan rumput yang pasukan kita main pelbagai kejohanan dan melayakkan diri ke Piala Asia, selain (upacara perasmian dan olahraga) Sukan SEA juga diadakan di sini. 

“Saya mahu membawanya balik, pecah-pecahkan dan tanam di halaman rumah .... Nanti boleh beritahu anak-anak inilah rumput yang pasukan kita pernah main dulu di Stadium Nasional,” katanya.

Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005.
Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005.

Malaysia menamatkan penantian lebih empat dekad untuk ke Piala Asia selepas meraih tempat kedua dalam Kumpulan E pusingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional pada Jun 2022.

Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun kali terakhir layak secara merit adalah pada edisi 1980 di Kuwait.

Sementara itu, rumput berkenaan juga akan memanfaatkan pelatih (bekas penagih) untuk aktiviti sukan dan riadah di padang Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat, untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma pada hari ini.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat, untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma pada hari ini.

Pegawai Pemulihan dari pusat itu, Wan Donne Khalid Wan Abdullah, 45, yang hadir bersama rakan setugasnya, merakamkan penghargaan kepada PSM kerana kos bagi satu petak rumput 1x1 kaki adalah lebih kurang RM4 hingga RM5. 

“Kita memang ada aktiviti sukan dan riadah hampir setiap petang, seperti bola sepak. Rumput ini dapat membantu kita menggantikan sedikit sebanyak bahagian padang yang rosak.

“Aktiviti sukan merupakan satu daripada terapi penting kerana sebelum ini mereka mengambil dadah di luar, jarang bersukan. Apabila masuk dalam pusat pemulihan, kita menjadikan aktiviti sukan dan riadah sebagai satu daripada komponen penting untuk gaya hidup sihat,” katanya.

Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013), dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Wajah Baharu Stadium Nasional Bukit Jalil Didedah Khamis Ini

3

Sukan 3 tahun yang lalu

TMJ Berkenan Pinjamkan Kanvas, Padang Stadium Nasional Dijaga

4

Sukan 3 tahun yang lalu

SNBJ Tak Mampu Beli Kanvas Tutup Padang, MFL Akan Buat Kenyataan Rasmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad