web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Populasi Kurang 150 Ekor Kini, KBS-FAM Ganding Bahu Perangi Kepupusan Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 1:43PM

FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif pada 21 Mac lalu telah bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada KBS sebagai membantu usaha konservasi harimau - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berganding bahu dalam usaha memerangi kepupusan harimau Malaya. 

Jurucakap KBS memaklumkan, FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif pada 21 Mac lalu telah bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada KBS sebagai membantu usaha konservasi harimau.

Menurutnya, bantuan tersebut diterjemahkan melalui sumbangan sebanyak RM1 daripada setiap tiket perlawanan pasukan kebangsaan yang terjual. 

“Pasukan Bola Malaysia telah diberi gelaran Harimau Malaya untuk menunjukkan ketangkasan, keberanian dan kehebatan pasukan negara. 

“Namun, di sebalik pemakaian jersi Harimau Malaya, bukan semua yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai spesies harimau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah jurucakap itu, populasi harimau liar di Malaysia telah menurun daripada kira-kira 1,000 ekor pada 1970-an kepada kurang daripada 150 ekor ketika ini. 

Menurutnya, perkembangan tersebut adalah kerana ia berdepan dengan pelbagai ancaman seperti pemburuan haram. 

“Harimau ialah satu indikator yang penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan negara kita, demi kesejahteraan ekosistem yang menyokong kelangsungan hidup kita semua. 

“Sudah tiba masa usaha pemuliharaan ini mendapat sokongan semua pihak, justeru KBS dan FAM telah mengambil langkah untuk membantu dalam konservasi harimau,” katanya. 

Jurucakap tersebut juga memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang berkata, Harimau Malaya merupakan lambang dan nama panggilan keramat buat pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. 

Hannah memberitahu, kelangsungan legasi harimau Malaya perlu dipelihara bagi mengelakkan spesies itu daripada pupus. 

“Kita tidak mahu di satu hari nanti harimau tinggal mascot ataupun slogan dan laungan sahaja tanpa adanya harimau liar di hutan kita,” katanya. 

Jika spesies itu pupus, tambah Hannah, jiwa kelestarian negara ini juga akan pudar dan tidak akan ada maknanya lagi jika pada masa itu pasukan kebangsaan masih digelar Harimau Malaya. 

“Semua anak muda yang meminati sukan bola sepak perlu menunjukkan semangat dalam pemeliharaan harimau Malaya selari dengan pendekatan Malaysia Madani yang menekankan aspek kemampanan,” katanya.  - Getaran, 24 Mac 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad