web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Sesiapa Nak Main Untuk Pasukan Wanita JDT? – TMJ

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:28PM

Steffi telah meluahkan harapannya untuk melihat JDT memiliki skuad bola sepak wanita. - Gambar dari Instagram @steffisidhu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pasukan itu sedang dalam perancangan mewujudkan skuad bola sepak wanita.

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, baginda turut bertanya kepada netizen sekiranya ada dalam kalangan mereka yang berminat menyertai pasukan tersebut.

“Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?” ciapnya.

Ciapan Tunku Ismail itu menyusul selepas pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu meluahkan harapannya ingin melihat JDT memiliki skuad bola sepak wanita.

Menurut Steffi, harapan itu diluahkan apabila melihat keseriusan Tunku Ismail dalam menjadikan pasukannya sebuah gergasi bola sepak Malaysia yang profesional dan digeruni.

Katanya, jenama JDT sinonim sebagai sebuah pasukan profesional dan kehadiran Harimau Selatan serta TMJ sendiri dalam bola sepak wanita dijangka dapat membantu meningkatkan tahap bola sepak wanita di negara ini.

Ciapan itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya teruja dengan perancangan tersebut.

“Nak Tuanku! Impian saya dari 2016. Saya sentiasa mendoakan isteri Tuanku menjadi seperti Tuanku menguruskan JDT,” kata Nmayajailan.

“Bagus ni Tuanku. Mana tahu rezeki kita pada Piala Dunia Wanita. Langkah yang bagus. Dinanti-nantikan,” kata Omegasupremo.

“Ayuh Tunku, bola sepak wanita Malausia ramai pemain muda berbakat,” kata Palatao_ Bola.

“Alhamdulillah, semoga membuka lembaran baru dalam industri bola sepak negara. Semoga dipermudahkan segala perancangan,” kata pula GurindamHati.

Dalam pada itu, pengguna Twitter, Zulhilmie Nunjusie mencadangkan Tunku Ismail membuka akademi atau melakukan percubaan kepada pemain wanita berbakat.

“Buka kepada orang ramai kemudian buat pilihan berdasarkan kemahiran dan segalanya. Yang tak lepas itu, masuk dalam akademi macam di luar negara kan ada akademi,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan bola sepak wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai simbol kemajuan dalam dunia sukan.

Baginda berkata, perkara itu akan direalisasikan selepas kelab gergasi Liga Malaysia itu mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili Johor.

Katanya, jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad