web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: Perak FC Temui Semula Rentak

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:04AM

Pemain Petaling Jaya City FC Tamilmaran Manimaran (kiri) diasak oleh pemain Perak FC pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi. - Gambar Bernama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Perak FC akhirnya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Super, apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Jaringan tunggal skuad Bos Gaurus diraih menerusi penyerang import dari Argentina, Sergio Aguero pada minit ke-26.

Sejak mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan tercorot UiTM FC pada 7 April, Perak FC tewas 3-1 kepada Selangor FC, terikat 1-1 menentang Kedah Darul Aman FC dan kembali kalah tipis 1-0 kepada Melaka United dan 2-1 kepada Sabah FC.

Sementara itu, Selangor FC pula diikat 2-2 oleh pasukan kedua tercorot, Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Aksi yang tertangguh lebih kurang 15 minit kerana masalah lampu limpah stadium, menyaksikan skuad Tok Gajah mengejutkan pelawat menerusi jaringan pemain import baharunya, Manuel Hidalgo pada minit ke-48.

Selangor FC bagaimanapun bangkit mendahului menerusi jaringan pemain import Myanmar, Hein Htet Aung pada minit ke-76 dan pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-87.

Sri Pahang kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi Abdul Malik Mat Ariff pada masa kecederaan (90+4) untuk berkongsi satu mata.

Berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri, Sabah FC membenam Melaka United 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto membuka jaringan seawal minit keenam menerusi bekas penyerang kebangsaan, Mohd Amri Yahyah yang menanduk masuk sepakan sudut, sebelum Mohd Azzizan Nordin mengandakan jaringan pada minit ke-17.

Mohd Amri, pemain berusia 40 tahun, terus menambah derita buat pasukan pelawat menerusi jaringan pada minit ke-47, namun skuad kendalian Zainal Abidin Hassan berjaya mengurang defisit menerusi Mohd Fakhrullah Rosli pada minit ke-65. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran