web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kementerian Akan Kata Bajet Mencukupi - Hannah Yeoh

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 5:36PM

Hannah memberitahu, beliau ada berbincang dengan Perdana Menteri mengenai insentif cukai untuk individu dan sektor swasta bagi menyokong sukan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun industri sukan mengalu-alukan peruntukan kerajaan sebanyak RM399 juta di salurkan untuk pihaknya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peruntukan itu tidak mencukupi.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kementerian akan mengatakan bahawa bajet diperuntukkan mencukupi, namun terpulang kepada mereka bagaimana untuk menggunakan dana terhad terbabit bagi terus melibatkan orang ramai dalam kerja membangunkan industri sukan.

Menurutnya, pembukaan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023, menyatakan bahawa hutang negara mencecah hampir RM1.5 trilion dan ia tidak boleh dipisahkan daripada bajet diumumkan itu.

Atas sebab berkenaan jelas beliau, penglibatan sektor swasta diperlukan.

Bercakap pada pelancaran Kejohanan Siri Satelit PSA WSF hari ini, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut memberitahu, beliau berbincang dengan Perdana Menteri mengenai insentif cukai untuk individu dan sektor swasta bagi menyokong sukan.

Katanya, majoriti aduan didengar daripada atlet adalah mengenai kekurangan kejohanan, namun persatuan sukan kebangsaan memberi respons dengan mengatakan bahawa ia memerlukan kos untuk menganjurkan acara berkenaan.

“Saya sangat gembira dengan dana padanan RM50 juta yang diumumkan semalam, tetapi syaratnya masih perlu dimuktamadkan kementerian.

“Ideanya adalah separuh daripada kos untuk menganjurkan kejohanan datang daripada sektor swasta dan separuh lagi daripada kerajaan ... anda boleh menyimpan separuh dan menganjurkan satu lagi kejohanan serta menggandakan jumlah kejohanan yang anda ada,” katanya.

“Satu lagi aduan saya dengar adalah tidak cukup dana untuk menghantar atlet ke kejohanan luar negara.

“Jika kita tidak boleh pergi ke luar negara, maka kita harus mengadakan lebih banyak kejohanan di sini,” katanya.

Hannah berkata, kejohanan seperti Siri Satelit adalah platform penting untuk atlet meningkatkan kedudukan mereka.

“Ace mempunyai data menarik yang menunjukkan bagaimana hanya satu kejohanan satelit boleh membantu meningkatkan kedudukan pemain.

“Geran sepadan akan membantu penganjur, yang seterusnya, bukan sahaja membantu atlet malah ekonomi,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memuji peruntukan RM5 juta untuk Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

“Kita memerlukan ini kerana kita perlu menunjukkan bahawa kita boleh menjaga atlet kita … ia adalah penting supaya kita boleh mendapatkan mantan atlet keperluan asas yang mereka perlukan.

“Apabila saya dihantar video mantan atlet yang sakit atau tidak berkemampuan dari segi kewangan, ia memberi gambaran bahawa kerajaan tidak mengambil berat mengenai mereka.

“Kita mahu lebih ramai atlet menyertai industri, tetapi ibu bapa menarik mereka keluar kerana mereka fikir kita tidak akan menjaga mereka apabila mereka bersara,” tambah Yeoh.

Pada masa sama, beliau menyebut berhubung kepentingan mengumpul data daripada kejohanan dianjurkan sektor swasta, memandangkan ia akan membuktikan bagaimana kerajaan boleh berusaha untuk menjadikan acara itu lebih berpatutan.

“Semoga saya berada di sini selama lima tahun untuk mereformasi industri sukan.

“Saya di sini bukan hanya untuk memberi tumpuan kepada satu sukan, tetapi untuk melihat bagaimana saya boleh mengekalkan sistem sukan,” katanya.

Kejohanan Siri Satelit PSA WSF yang dianjurkan Ace Sports and Management, menyaksikan penganjuran 12 kejohanan skuasy di seluruh Malaysia untuk tahun ini, dengan menarik pemain dari negara seperti Jepun, Korea, Mesir dan Singapura. - The Vibes, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

4

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi