web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Saat Akhir Ifedayo Julang Selangor FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:22AM

Pemain Petaling Jaya City FC Tamilmaran Manimaran (kanan) mengawal ketat Pemain Selangor FC Jordan Ayimbila (dua, kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua gol penyerang import Ifedayo Olusegun di penghujung perlawanan memastikan Selangor FC meraih kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Pemain kelahiran Nigeria itu menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-89 sebelum hantaran lintangnya menerjah gawang Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pada waktu kecederaan.

Dua gol itu meranapkan harapan skuad bimbingan P. Maniam untuk menggenggam mata penuh selepas mendahului sejak awal babak pertama menerusi rembatan kaki kiri V Ruventhiran pada minit ke-25.

Kemenangan itu membolehkan Selangor FC mengumpul 18 mata untuk terus memberikan tekanan kepada Terengganu FC (TFC) yang dipisahkan tiga mata di kedudukan keempat liga sementara PJ City FC kekal di tangga keenam mengutip 14 mata.

Sementara itu, Perak FC terus dirundung malang apabila gagal meraih tiga mata penuh dalam empat perlawanan terakhir selepas tewas 1-2 kepada Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Skuad The Bos Gaurus yang mendahului menerusi sepakan percuma memukau Nazirul Naim Che Hashim pada minit ke-27 gagal mempertahankan kedudukan itu pada separuh masa kedua apabila bekas penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-65.

Pemain import tengah dari Gabon Levy Madinda memastikan skuad Tambadau bangkit daripada ketinggalan dengan bergaya selepas berjaya menewaskan penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menerusi sepakan percuma pada minit ke-79.

Dalam pada itu, pemain gantian A.Selvan muncul wira Negeri Sembilan FC apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-75 untuk membantu pasukan menundukkan PDRM FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras 

Negeri Sembilan FC yang mengumpul 21 mata kini mendahului perlumbaan perebutan kejuaraan Liga Premier dengan perbezaan satu mata di hadapan Sarawak United FC di kedudukan kedua.

Pada masa sama, jaringan hatrik Jordan Mintah membantu Terengganu FC II (TFC II) membelasah Kelantan United FC 4-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sekali gus naik ke tangga ketiga liga.

Pemain import Ghana itu meledak dua jaringan penalti pada minit keempat dan ke-32 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-69, sementara Argzim Redzovid turut mencetak nama sebagai penjaring manakala gol sagu hati Kelantan United FC dijaringkan Alfusainey Gassama pada minit ke-40. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 24 minit yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad