web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunjuk Perasaan Penyokong Batal Man United Lawan Liverpool

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 7:52AM

Polis cuba menghalau penunjuk perasaan dari Stadium Old Trafford. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool terpaksa dibatalkan selepas penyokong United menceroboh kawasan padang bagi menunjuk perasaan terhadap pemilik kelab itu.

Manakala Gareth Bale pula menjaringkan hatrik untuk membantu Tottenham membenam Sheffield United 4-0.

Jika United kalah kepada Liverpool, Manchester City bakal ditabalkan sebagai juara liga untuk kali ketiga dalam empat musim.

Bagaimanapun anak buah Pep Guardiola terpaksa menunggu untuk meraikan kejuaraan mereka selepas perlawanan antara dua seteru lama itu terpaksa dibatalkan susulan kekecohan di Old Trafford. 

Keluarga Glazer, yang tidak popular selepas mengambil alih United dan meletakkan hutang yang banyak ke atas kelab itu, dikritik hebat berikutan peranan yang mereka mainkan dalam penubuhan Liga Super Eropah yang gagal. 

Ini menyebabkan penyokong United memprotes sebelum perlawanan menentang Liverpool diadakan dan turut mengibarkan kain rentang yang tertera slogan anti-Glazer.

Polis rusuhan berjaya menghalau penunjuk perasaan dari stadium itu.

Sepak mula perlawanan pada mulanya ditangguhkan ketika pegawai atasan liga membincangkan situasi itu, namun United kemudiannya mengumumkan perlawanan itu dibatalkan. 

Tottenham mengambil kesempatan ke atas situasi tersebut dengan membenam Sheffield United untuk naik ke tangga kelima melangkaui Liverpool dan West Ham. 

Bale memainkan peranan kecil di bawah kendalian Jose Mourinho tetapi hatrik Liga Perdana Inggeris pertamanya kini menyaksikan pemain Wales itu menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan sejak Ryan Mason menggantikan pengurus dari Portugal itu. 

Son Heung-min melengkapkan jaringan buat Tottenham. 

Arsenal pula mengalahkan Newcastle 2-0 untuk menghentikan urutan empat perlawanan tanpa kemenangan. 

Gol liga pertama Mohamed Elneny dan rembatan kencang Pierre-Emerick Aubameyang membawa Arsenal naik ke tangga sembilan liga. 

Newcastle kekal sembilan mata dari zon relegasi dengan tinggal empat lagi perlawanan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar