web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Safee Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Bola Sepak Profesional

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:06PM

Safee hadir di majlis pengumuman persaraannya hari ini. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas penyerang prolifik kebangsaan, Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional.

Mohd Safee, 39, ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang media menyifatkan perjalanannya dalam sukan itu berakhir dengan cukup cemerlang menerusi pelbagai pencapaian di peringkat kelab mahupun ketika menyarung jersi kebangsaan.

Menjadi antara watak penting dalam kejayaan Malaysia memenangi Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada aksi final 2010 menentang Indonesia, beliau berkata ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersara selepas mengambil kira usianya, selain tidak berupaya memberikan saingan sengit dalam perlawanan serta merebut slot kesebelasan utama.

“Memang berat untuk membuat keputusan ini. Biarpun tidak mengalami kecederaan serius, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

“Kini saya boleh memberikan tumpuan kepada perancangan untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam menjadi pemangkin buat generasi bola sepak Malaysia seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd Safee memulakan karier profesionalnya pada 2004 dan pernah mewakili pelbagai kelab bola sepak terbaik negara dan di rantau ini antaranya Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur City FC (KL CIty FC), Selangor FC dan Pelita Jaya FC dari Indonesia.

Beliau turut memegang rekod sebagai pemain bola sepak Malaysia pertama beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu semasa bersama JDT pada 2015 dan KL City FC pada 2022.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin merakamkan penghargaan kepada Mohd Safee yang telah membuat 76 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

“Safee merupakan legenda sebenar bola sepak Malaysia dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam negara. Dedikasi, usaha keras dan semangat beliau terhadap sukan ini telah menempatkan dirinya di hati peminat di Malaysia dan komuniti bola sepak.

“Mewakili FAM, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Safee di atas sumbangan beliau terhadap bola sepak Malaysia dan semoga berjaya di masa hadapan,” katanya.

Mohd Safee telah menjaringkan 136 gol untuk kelab dan 47 gol bersama Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Selangor itu membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan ketika Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Filipina dalam aksi persahabatan pada Mac 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Hari Terakhir George Odol Di SK Ulu Ansuan Diiringi Tangisan, Pelukan Murid

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar