web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BAMTC: Tewas Pada India, Malaysia Naib Juara Kumpulan B

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:37AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib johan selepas tewas pada India 1-4 dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.

Perseorangan lelaki nombor sembilan dunia, H.S Prannoy mengumpul mata sulung untuk India apabila beliau bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengetepikan jaguh negara Lee Zii Jia, 18-21, 21-13, 25-23 dalam perlawanan pembukaan.

Kemenangan Prannoy memberi lebih keyakinan kepada juara dunia perseorangan wanita 2019, Pusarla V. Sindhu, yang mudah menundukkan pemain muda negara Wong Ling Ching, 21-13, 21-17.

Juara dunia, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengurangkan defisit kekalahan dengan menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10.

Bagaimanapun, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, yang menduduki ranking ke-19 dunia, muncul wira India selepas mereka mengejutkan beregu wanita utama Malaysia yang juga beregu nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah, 23-21, 21-15, sekali gus menjadikan India juara kumpulan.

Beregu campuran nombor 26 dunia, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto, melengkapkan kemenangan India dengan meraih mata keempat, meskipun berdepan tentangan hebat daripada gandingan meningkat naik negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-19, 19-21, 21-16.

Sementara itu, Kazakhstan memperoleh tempat ketiga Kumpulan B selepas mengalahkan UAE, 3-2.

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke suku akhir manakala empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad