Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Atlet Dan Vaksin: Potong 'Queue' Kah?

Isu siapa patut dapat divaksinkan dulu bukanlah masalah yang unik kepada negara kita sahaja. Di manakah posisi sebenar ahli sukan dalam senarai ini?

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 9:00AM

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe menerima vaksin. Gambar: Faisal Jaafar, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, skuad Harimau Malaya serta para pegawai dilaporkan menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 sebagai persediaan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung Jun ini.

Walaupun proses suntikan tersebut dilakukan secara terbuka dan tidak disorok-sorok, namun rungutan dari orang ramai, terutamanya di media sosial, jelas kedengaran.

Kenapa atlet dan ahli sukan diberi keutamaan sedangkan masih ada lagi mereka yang bertugas di khalayak ramai yang belum mendapat suntikan, seperti guru dan wartawan?

Sebenarnya isu ini tidak terkekang hanya di Malaysia, malah menjadi satu isu yang didebat di beberapa negara di seluruh dunia sejak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyuarakan pendapat mereka bahawa atlet elit patut dipertimbangkan untuk didahulukan suntikkannya setelah petugas kesihatan dan mereka yang lebih terdedah kepada bahaya jika tidak disuntik.

Saranan ini, yang dibuat dalam konteks penganjuran temasya Olimpik Tokyo 2020 yang telah ditangguh setahun, mendapat sambutan yang berbeza-beza. 

Dick Pound, salah seorang ahli jawatankuasa IOC, berpendapat bahawa tidak ramai rakyat yang akan kisah kalau beberapa dos vaksin diambil untuk diberikan kepada para atlet, kerana bagi beliau, inilah cari paling baik untuk memastikan Tokyo 2020 dapat berjalan.

Perlu dinyatakan bahawa setakat ini pihak penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak mewajibkan para atlet yang bertanding untuk mendapatkan vaksin sebelum ke sana.

Pendapat ini mendapat kecaman ramai memandangkan isu akses vaksin secara global masih genting dan ada banyak negara yang masih belum dapat memulakan program vaksinasi mereka. Pada akhir bulan April, masih banyak lagi negara - termasuk Malaysia dan New Zealand - di mana kurang 10% daripada penduduk mereka telah divaksin. 

Debat ‘siapa patut dapat dahulu’ bukanlah suatu yang mudah dirungkai.

Walaupun rata-rata orang ramai bersetuju bahawa golongan barisan hadapan perubatan serta mereka yang lebih rentan kerana masalah penyakit kronik patut didahulukan, tetapi bagaimana pula dengan urutan giliran seterusnya?

Dan, patutkah atlet dimasukkan ke dalam senarai tersebut? Apakah argumen moral yang boleh digunakan untuk mendahulukan mereka?

Mengikut Professor Arthur Caplan, seorang pakar etika perubatan, atlet harus dianggap sebagai petugas barisan hadapan, kerana kejohanan sukan boleh dianggap sebagai satu ‘rawatan’ psikososial bagi menangani pandemik COVID-19.

Barisan pemain dan pegawai skuad bola sepak kebangsaan menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya. Gambar: Faisal Jaafar, Bernama
Barisan pemain dan pegawai skuad bola sepak kebangsaan menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya. Gambar: Faisal Jaafar, Bernama

Beliau berpendapat bahawa kejohanan antarabangsa seperti Tokyo 2020 mampu memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada orang ramai yang sangat terkesan dengan impak mental isolasi dan penjarakan sosial. 

Ini mungkin benar, tetapi usahlah kita menipu diri sendiri dengan berasa bahawa pemulihan psikologi orang ramai merupakan tunjang kenapa Tokyo 2020 perlu diteruskan.

Hakikatnya, sudah banyak dibelanjakan oleh penganjur untuk persediaan kejohanan ini dan jika ia dibatalkan, maka tentulah ini akan menyebabkan kerugian yang besar. Ini termasuk kehilangan wang hak penyiaran, jualan tiket dan juga kerugian yang ditanggung akibat penangguhan tahun lepas. 

Ini membawa kepada suatu persoalan lain-- apakah dari segi etika dan moral, kejohanan Olimpik Tokyo 2020 patut diteruskan? Malahan, di Jepun sendiri, lebih kurang dua minggu sebelum artikel ini ditulis, kurang 1 peratus dari penduduk tuan rumah telah menerima suntikan vaksin.

Bagaimana pula dengan risiko yang ditanggung para petugas, pegawai dan sukarelawan temasya ini sekiranya mereka belum divaksinasi dan menerima pula kunjungan dari atlet serata dunia? 

Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan antara 78 individu terawal menerima vaksin. - Gambar oleh Azim Rahman, Getaran.my
Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan antara 78 individu terawal menerima vaksin. - Gambar oleh Azim Rahman, Getaran.my

Tambahan pula, minggu lepas Tokyo dan tiga lagi kawasan dikenakan darurat virus bagi mengawal COVID-19 dari merebak selepas mengalami lonjakan dalam kes yang dikesan. 

Tetapi kembali kepada persoalan apakah atlet patut didahulukan dalam menerima vaksin. Hakikatnya, jauh dari berebut untuk memotong barisan mendapatkan vaksin, atlet sendiri juga agak teragak-agak untuk mengambilnya.

Raja pecut dunia dari Jamaica, Yohan Blake, berkata beliau sanggup tidak bertanding di Tokyo daripada mengambil vaksin. 

Evan Dunfee, seorang peserta acara jalan kaki dari Canada, berpendapat bahawa atlet bukannya patut dianggap petugas barisan hadapan, sebaliknya patut menjadi contoh kepada orang lain dalam menunggu giliran mendapatkan vaksin.

Ada juga atlet yang risau dari segi impak vaksin terhadap persembahan mereka kelak dan juga risiko akan disabit dengan kesalahan doping.

Isu vaccine envy atau ‘cemburu vaksin’ menjadi semakin genting. Perbuatan mereka yang berkongsi swafoto vaksin di media sosial menimbulkan emosi yang berbagai di kalangan orang ramai yang belum mendapatkannya.

Muhammad Fadhil antara atlet pertama menerima vaksin COVID-19. - Gambar Bernama
Muhammad Fadhil antara atlet pertama menerima vaksin COVID-19. - Gambar Bernama

Mungkin kita berasa tindakan ini tidak rasional, tetapi dalam keadaan pandemik di mana keresahan kita tentang keadaan kesihatan serta perasaan hidup dalam ketakutan dengan wabak yang berbahaya, tidak susah untuk menjana api kemarahan kita.

Apatah lagi bila melihat atlet yang rata-ratanya muda, sihat tubuh badan malah mempunyai kadar kecergasan yang tinggi didahulukan berbanding mereka yang seperti guru, wartawan, pekerja kilang yang bertugas di kawasan kepadatan tinggi dan sebagainya. 

Kalau bertanya kepada penulis, lebih penting mengutamakan mereka yang mempunyai risiko mendapat COVID-19 dalam menjalankan tugas harian.

Tetapi penulis juga tidak menyalahkan atlet yang menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila ditawarkan. Dalam keadaan sekarang, kalau kita sendiri disua dengan peluang itu, mungkin kita sendiri pun akan berkata ‘Ya’, bukan? - Getaran, 1 Mei 2021

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi