web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Indra Ganggu Fokus Zii Jia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 5:30PM

Indra Wijaya (kiri) dan Lee Zii Jia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia hanya mahu fokus dalam mencapai tahap prestasi terbaik, biarpun dikhabarkan bekas jurulatihnya Indra Wijaya mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan melanggar kontrak.

Pemain nombor empat dunia itu juga bingung apabila mengetahui mengenai perkara tersebut setelah kedua-duanya berpisah secara baik November tahun lepas.
Beliau berkata perkara itu yang mengganggu tumpuannya, kini diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan susulan.

“Apa yang saya boleh cakap ialah saya rasa apa yang saya buat mungkin kadang-kadang sangat salah, kadang-kadang sangat betul. Apa yang sudah jadi saya tidak boleh ubah tetapi yang saya tahu kami berpisah secara baik.
Saya pun tak nak komen terlalu banyak sebab komen banyak (nanti) salah banyak, nanti berita pun banyak, saya tidak mahu,” katanya ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Kem latihan pusat itu sebagai persiapan skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Feb ini.

Mengulas lanjut, Zii Jia yang merupakan juara Asia 2022 mengakui terganggu dengan situasi yang dilaluinya ketika beliau sedang memberikan tumpuan untuk membantu skuad negara di BAMTC.

“Saya pun orang, saya ada perasaan dan saya cuba sebaik mungkin untuk selesaikan perkara ini tetapi ia masih berlarutan jadi sudah tentu sedikit kecewa. Tapi saya tahu ini satu ujian tuhan bagi pada saya, ini ialah proses,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Dalam pada itu, pengurusnya yang juga kakak kepada juara All England 2021 itu, Lee Zii Yii mengesahkan peguam mereka telah menerima surat daripada peguam Indra.

“Saya tidak pasti apa isi kandungan surat itu. Kami tidak mahu isu ini berpanjangan dan menjadi lebih buruk, biar peguam yang uruskan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan, difahamkan Indra yang juga bekas bintang Indonesia dan mula melatih Zii Jia pada Februari tahun lepas, mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas anak buahnya atas dakwaan melanggar kontrak.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasinya, Zii Jia berkata beliau dalam proses mendapatkan semula keyakinannya selepas tampil dengan aksi tidak menyakinkan awal tahun ini.

“(Di Dubai) terpulang pada jurulatih nak bagi saya main atau tidak, kalau dipanggil saya bersedia untuk berlawan,” katanya.

Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan