web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Perlu Cari Jurulatih - Rashid Sidek

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 8:41PM

Rashid Sidek berkata selaku pemain yang pernah bernaung di bawah BAM sebelum ini, Zii Jia sudah tentu lebih mengetahui apa dimahukan dalam memilih jurulatih terbaik untuk dirinya - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia disarankan agar menggunakan semula khidmat jurulatih bagi memastikan prestasinya kembali ke tahap sebenar sekali gus membolehkan karier badmintonnya terus berkembang.

Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata selaku pemain yang pernah bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini, Zii Jia sudah tentu lebih mengetahui apa dimahukan dalam memilih jurulatih terbaik untuk dirinya sama ada jurulatih yang lebih kepada aspek serangan atau 'rally'.

"Bagi saya setiap pemain perlu ada jurulatih dan pasukan yang bagus kerana ia dapat meningkatkan keupayaan fizikal serta mental pemain. Dia (Zii Jia) hanya perlu fokus kepada bermain sahaja.

"Nak jadi pemain bertaraf tinggi kena ada latihan yang keras, jurulatih dan pasukan akan merencana persiapan terbaik buatnya. Yang penting ada pihak boleh beri dia semangat untuk terus kekal bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program amal, di sini hari ini.

Ketiadaan jurulatih di samping Zii Jia selepas berpisah dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya, November tahun lepas ternyata memberikan impak kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Ini dapat disaksikan apabila beliau terkandas awal di pusingan pertama Terbuka Malaysia, diikuti kekalahan pada pusingan kedua Terbuka India serta Masters Indonesia pada bulan lepas.

Bekas Juara All England itu sebelum ini mengalami penurunan ranking dunia apabila jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat berdasarkan ranking terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad