web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Velodrom Rakyat Di Ipoh Perlu Dilengkapi Bumbung - PKBM

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 9:57AM

Amarjit juga berkata velodrom berbasikal baharu di Dungun, Terengganu perlu menjalani sedikit pengubahsuaian sebelum dibuka secara rasmi selepas mengambil kira pandangan pelumba kebangsaan dan jurulatih yang melakukan ujian percubaan di sana - Gambar Facebook PBSD Dungun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak.

Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata pemasangan bumbung di sekeliling trek velodrom yang pernah menjalani proses pengubahsuaian pada 2016 penting bagi melindungi trek kayu itu daripada mengalami sebarang kerosakan pada masa depan.

“Walaupun kontraktor yang ubah suai velodrom itu beri jaminan trek kayu akan tahan sehingga 20 tahun namun kebelakangan ini sudah nampak ada beberapa kawasan mula comot dan bertukar kehitaman kerana keadaan velodrom yang terbuka lalu terdedah kepada cuaca panas atau hujan.

“Kami pernah buat permohonan kepada bekas Menteri (Belia dan Sukan) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bina bumbung sederhana di velodrom berkenaan namun tidak sempat dilaksanakan selain terdapat beberapa pertukaran menteri dan kami akan buat permohonan semula kepada menteri baharu Hannah Yeoh,” katanya kepada pemberita, di sini.

Justeru, beliau berharap agar KBS dapat mempertimbangkan permohonan itu kelak memandangkan Hannah sebelum ini menyatakan komitmen memastikan infrastruktur sukan dalam negara mudah diakses bukan sahaja kepada atlet kebangsaan tetapi juga orang ramai.

Dalam pada itu, Amarjit berkata velodrom berbasikal baharu di Dungun, Terengganu perlu menjalani sedikit pengubahsuaian sebelum dibuka secara rasmi selepas mengambil kira pandangan pelumba kebangsaan dan jurulatih yang melakukan ujian percubaan di sana.

“Pandangan mereka (pelumba dan jurulatih) ketika ujian percubaan velodrom tersebut serta input oleh PKBM telah diambil kira Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia selamat digunakan.

“Saya difahamkan bahawa JKR akan beri laporan kepada kerajaan untuk meneliti dan buat pengubahsuaian, mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menyiapkannya, jadi harap lepas pengubahsuaian dibuat PKBM akan kembali lihat velodrom tersebut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Pelajar Ditemukan Lemas Di Dasar Sungai

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad