web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron Chia-Soh Wooi Yik Berjaya Mara Ke Final Terbuka India

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 7:04AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke final Terbuka India selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, pada Sabtu.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata pada set pertama, lawan mereka berjaya mengekalkan momentum, namun mereka percaya akan kemampuan diri sehingga dapat menewaskan pihak lawan.

Beregu Malaysia itu menang dalam saingan selama 53 minit itu 11-21, 21-15, 21-16 dalam pertandingan berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav di sini.

 "Saya rasa kami bermain dengan baik hari ini. Kami percaya pada diri sendiri (untuk kembali memperoleh momentum selepas tewas pada set pertama)," kata Aaron.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah apabila tewas dalam aksi separuh akhir menentang pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dengan 14-21, 16-21.

Bercakap kepada Bernama, pasangan Malaysia itu berkata mereka tidak mampu untuk menandingi kepantasan pihak lawan dalam saingan yang berlangsung selama 43 minit itu.

"Saya rasa mereka lebih pantas berbanding kami. Kami tidak dapat mengikuti rentak mereka," kata Pearly.

"Kita perlu meneliti semula aksi perlawanan hari ini dan kepincangan yang ada," kata Thinaah. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek