web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zii Jia Tewaskan Pemain Indonesia Di Terbuka India

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 7:08AM

Zii Jia memerlukan tiga set untuk menumpaskan lawannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Pemain badminton profesional Malaysia Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023, di sini semalam.

Zii Jia yang kalah dalam set pertama berjaya untuk bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit, yang berakhir dengan keputusan 20-22, 21-19, 21-12 di gelanggang KD Jadhav Indoor Hall.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Zii Jia berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, yang menyusul selepas beliau mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia baru-baru ini.

“Saya sedang berusaha mengembalikan prestasi terbaik saya secepat mungkin,” kata pemain berumur 25 tahun itu, dan menambah sokongan peminat kepadanya di kejohanan Terbuka India itu amat menakjubkan.

Sementara itu beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya menewaskan pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Saito 21-15, 21-15 dalam masa 39 minit.

Untuk pusingan kedua esok, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dijadualkan bertemu dengan pemenang dalam perlawanan antara beregu Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov dan beregu Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.

Sementara itu beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah yang terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia sebelum ini pula, berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah Ashwini Bhat-Shikha Gautam dengan 21-8, 21-11.

Dalam satu lagi saingan perseorangan lelaki, pemain negara Ng Tze Yong tumpas kepada pemain China Li Shi Feng dengan 21-19, 21-14. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad