web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Ruang Zii Jia Rancang Apa Yang Terbaik - Hendrawan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 3:17PM

Zii Jia disingkirkan pada pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia pada Rabu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia harus diberi ruang untuk merancang apa yang terbaik bagi perjalanan kariernya, termasuk keputusannya beraksi tanpa jurulatih, kata bekas juara dunia dari Indonesia, Hendrawan.

Jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan itu percaya apa yang Zii Jia lalui sekarang ialah proses pembelajaran yang akan memberi pengalaman dan kematangan.

Zii Jia, yang keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada awal tahun lepas, memutuskan untuk bergerak sendiri tanpa jurulatihnya, Indra Wijaya pada November 2022, dan kini dibantu oleh Liew Daren.

“Saya rasa dia sudah memikirkannya, dan kita tak payah melawan (keputusannya). Apa yang dia perlu buat, dia akan buat dan ia ada kelebihan dan kekurangan, namun dia akan belajar daripada situ.

“Dia ada keberanian untuk berani ambil keputusan, selain ini satu proses untuk Zii Jia juga. Saya percaya dia akan lebih matang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Terbuka Malaysia di Axiata Arena.

Hendrawan (kiri) percaya Zii Jia akan lebih matang selepas melalui pengalaman ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Hendrawan (kiri) percaya Zii Jia akan lebih matang selepas melalui pengalaman ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Rabu lepas, Zii Jia yang beraksi tanpa jurulatih, disingkirkan seawal pusingan pertama oleh pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka dengan keputusan 21-13, 17-21, 19-21.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi Ng Tze Yong, yang turut disingkirkan oleh Naraoka 21-15, 19-21, 15-21 pada pusingan kedua selepas pertarungan lebih 120 minit semalam, Hendrawan berasa terlalu gopoh untuk menang mungkin menjadi antara faktor anak buahnya tewas.

Beliau menegaskan bahawa peluang terbaik bagi Tze Yong, pemain di ranking ke-25 dunia untuk menang adalah apabila mendahului 19-15 pada set kedua, kerana setelah perlawanan masuk ke set ketiga, Naraoka jelas lebih berpengalaman untuk menjadikan keputusan berpihak kepadanya.

“Saya percaya Tze Yong dapat pengalaman yang berguna menentang pemain nombor tujuh dunia itu, terutamanya bagaimana beliau menukar cara permainan, menyerang dan strateginya. Namun, ini satu proses yang Tze Yong harus lalui, perkembangan ini adalah positif.

“Kekalahan ini akan buat dia lebih kuat, kerana pengalaman hari ini tidak boleh diajarkan, tidak boleh dibagi oleh sesiapa… Dia harus mengalaminya sendiri,” kata jurulatih berasal dari Indonesia itu.

Setiap kekalahan dan kemenangan yang dilalui Tze Yong akan memberinya kematangan, kata Hendrawan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Setiap kekalahan dan kemenangan yang dilalui Tze Yong akan memberinya kematangan, kata Hendrawan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Beliau berkata ibarat berenang di lautan luas selepas berlatih di kolam renang, proses Tze Yong, 22, untuk menjadi antara pemain terbaik dunia akan mengambil masa, dengan setiap kemenangan dan kekalahan yang dilaluinya, akan mematangkan pemain berkenaan.

Kali terakhir pemain negara muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada 2018, apabila Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran ke-12 beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad