web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAVA Tarik Lesen Jurulatih Tampar Pemain

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 1:51PM

Khidmat jurulatih berkenaan, Saiful Hadee Amar terlebih dahulu diharamkan, malah dia turut dilarang daripada melatih mana-mana pelajar selepas insiden berkenaan - Gambar oleh Julie Jalaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA –  Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menarik semula lesen jurulatih pasukan bola tampar Melaka yang terbabit menampar dua pemain berusia 14 tahun, bulan lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam sidang media yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sini hari ini.

Khidmat jurulatih berkenaan, Saiful Hadee Amar terlebih dahulu diharamkan, malah dia turut dilarang daripada melatih mana-mana pelajar selepas insiden berkenaan.

Hannah memberi jaminan, tiada kompromi akan diberikan apabila ia membabitkan isu keselamatan dan kesejahteraan atlet, terutamanya generasi muda kerana sebarang kemudaratan akan mengakibatkan masa depan mereka terjejas.

“Majlis Sukan Negara dan MAVA melengkapkan siasatan mereka dan sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih terbabit perlu ditarik semula kelayakannya sebagai jurulatih.

“Isunya bukanlah sama ada ia menyebabkan kecederaan atau tidak. Ia membabitkan remaja dan isu sebegini tidak boleh dipandang remeh lagi.

“Kita mahu anak-anak, rakan-rakan dan ibu bapa tahu bahawa apa jua kes sebegini perlu dibawa ke pengetahuan persatuan atau organisasi sukan masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, Fadhlina menambah, jurulatih tersebut boleh mengemukakan rayuan melalui Jabatan Pendidikan Melaka.

“Ruang untuk mengemukakan rayuan masih terbuka melalui jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan negeri.

“Terdapt juga ruang untuk beliau diwakili,” katanya.

Sementara itu, Hannah memaklumkan kementeriannya sedang meneliti dan mengetatkan lagi tatakelakuan keselamatan sukan yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat.

Katanya, ia adalah untuk memastikan semua atlet memahami bahawa mereka turut sama bertanggungjawab mewujudkan persekitaran sukan yang sihat dan selamat. - The Vibes, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar