web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasib Jurulatih Bola Tampar Melaka Ditentukan Rabu Ini - Exco

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 2:41PM

VP Shanmugam berkata pihak pengurusan skuad bola tampar pada kejohanan itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dan hasil pertemuan akan menentukan nasib jurulatih tersebut. - Tangkapan layar dari video di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Status jurulatih skuad bola tampar wanita Melaka Bawah 14 Tahun (B14) sama ada digantung atau tidak akan ditentukan Rabu ini, kata Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.

Katanya meskipun Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) sudah ambil tindakan untuk gantung sementara tetapi jurulatih yang dilantik untuk membawa pasukan itu adalah di bawah kuasa Persatuan Bola Tampar Melaka. 

"Kami akan berjumpa dengan semua pihak termasuk wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negeri (MSN), Persatuan Bola Tampar Melaka, jurulatih dan ibu bapa serta pemain Rabu ini. 

"Pihak pengurusan skuad bola tampar pada kejohanan itu juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dan hasil pertemuan dan perbincangan itu akan menentukan nasib jurulatih tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, MAVA dalam satu kenyataan semalam, mengambil tindakan tegas apabila menggantung sementara jurulatih skuad bola tampar Melaka itu ekoran tular mengenai insiden beliau menampar pemainnya pada Kejohanan Bola Tampar Remaja Malaysia 2022 Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang berlangsung 14 hingga 16 Disember lepas.  

Kata Shanmugam pertemuan itu perlu diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut walaupun laporan penuh kejadian itu sudah pun dihantar kepada MSN semalam dan KBS esok.

"Rekod jurulatih itu juga perlu diambil kira kerana tiada aduan berkenaannya dilaporkan sebelum ini dan kami juga mengetahui jurulatih itu amat berdedikasi dan prihatin ke atas pemainnya," katanya.

Dalam pada itu, Shamugam berkata insiden pada 14 Disember itu berlaku apabila jurulatih tersebut sedikit emosi apabila melihat prestasi pemainnya tidak mencapai tahap yang dimahukan pada hari pertandingan tersebut.

"Ini pertama kali Melaka masuk separuh akhir dan jurulatih sangat teruja dengan kemaraan pasukannya itu namun kalah tipis 2-3 kepada Johor.

"Selepas pertandingan tersebut, jurulatih itu telah menerangkan keadaan kepada pihak pengurusan teknikal, yang pada masa sama menegur beliau. Selepas kejadian, beliau berjumpa dengan kedua-dua pemain itu dan memohon maaf dan telah diselesaikan di tempat kejadian pada hari itu juga," katanya.

Jelasnya, jurulatih itu juga telah berjumpa dengan ibu bapa pemain tersebut dan memohon maaf atas insiden tersebut. 

"Jadi di satu peringkat, perkara ini telah pun selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad