web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zaman Kegemilangan Malaysia Dalam Arena Sukan Boleh Dicapai - Hannah Yeoh

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 3:01PM

Hannah Yeoh percaya impian negara untuk mengecap kegemilangan dalam arena sukan boleh dicapai, terutama dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya impian negara untuk mengecap kegemilangan dalam arena sukan boleh dicapai, terutama dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya selepas menerajui kementerian itu selama kira-kira sebulan yang lepas, perjumpaan beliau dengan pelbagai pemegang taruh berkaitan menyerlahkan hakikat bahawa kejayaan dalam arena sukan bukanlah hasil kegigihan satu pihak tertentu semata-mata, sebaliknya ia menuntut pembabitan pelbagai pihak.

“Atlet, jurulatih, pengurus, persatuan sukan, dasar dan perundangan, pihak korporat, keluarga, sekolah, komuniti dan media, semuanya bekerjasama, dan melahirkan atlet atau pasukan bertaraf dunia. Negara sedang bekerja keras (bagi mencapai hasrat itu).

“Dalam pertemuan saya dengan atlet kita, saya dapat melihat api semangat mereka yang menyala, satu keazaman, tidak kira apa jua bidang sukannya. Malaysia memiliki cetusan api kemaraan dalam dirinya yang perlu disemarakkan. Negara kita impikan zaman kegemilangan, sekali lagi,” katanya menerusi catatan akaun Facebooknya.

Menurutnya pemburuan 'Road to Gold' lebih daripada sekadar pulang dengan pingat dari Paris 2024, sebaliknya ia juga mengenaiusaha  membangunkan kemampanan dalam ekosistem sukan seperti mengumpul data untuk meninjau bakat baharu di peringkat akar umbi, pembinaan pangkalan peminat atlet dan kaedah meningkatkan ukuran pembangunan dan kejayaan dalam bidang sukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan